Utusan Borneo (Sabah)

TONG LPG DISEMBUNYI

Op Bersepadu Esscom IPD Tawau kesan premis simpan tong LPG lebih had

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Op Bersepadu Esscom IPD Tawau berjaya mengesan sebuah premis yang menyembuny­ikan 2,178kg (157) tong gas petroleum cecair (LPG), sedangkan hanya dibenarkan menyimpan 70kg (lima) unit bahan bakar itu sahaja.

Utusan Borneo difahamkan, tong-tong LPG terbabit disyaki hendak diseludup keluar ke negara jiran, berdasarka­n penemuan luar biasa jumlah bahan bakar berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus yang mengetuai operasi itu berkata pemilik premis yang terletak di Kg Tg Batu Keramat itu, lelaki berusia 58 tahun, turut diberkas.

“Rampasan dan tangkapan dirujuk kepada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) untuk tindakan lanjut,” katanya di sini pada Khamis.

Katanya operasi itu dijalankan oleh pasukannya menerusi dua fasa, antara jam 10 pagi - 6 petang (Rabu) dan 10 malam sebelum ditamatkan pada jam 6 pagi Khamis.

“Seramai 58 lelaki dan 32 perempuan diperiksa dan kita turut menahan tiga warga Filipina berusia 20-58 tahun dan seorang rakyat Indonesia berumur 20 tahun,” katanya.

Fadil berkata keempat-empat lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/ 63 kerana gagal menunjukka­n dokumen pengenalan diri.

Lokasi-lokasi operasi dijalankan di kawasan sekitar bandar, Jeti Tg Batu Log Pond, rumah kongsi Batu 8, Flat PPR Batu 8, CIQ Lama, Persisiran Batu-Batu dan Kg Ice Box.

 ??  ?? KAKITANGAN Jasa tidak melepaskan peluang berswafoto dengan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman (enam kiri) dan Puad di majlis itu.
KAKITANGAN Jasa tidak melepaskan peluang berswafoto dengan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman (enam kiri) dan Puad di majlis itu.
 ??  ?? 157 tong LPG yang dirampas dibawa ke IPD Tawau dan diserahkan kepada KPDNKK untuk tindakan lanjut.
157 tong LPG yang dirampas dibawa ke IPD Tawau dan diserahkan kepada KPDNKK untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia