Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan serah 33 surat tawaran pampasan tanah

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Kerajaan melalui Jabatan Tanah dan Ukur Sabah menyerahka­n 33 surat tawaran pampasan tanah kepada pemilik tanah yang terlibat dalam Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah jajaran Lahad Datu.

Pemilik tanah yang menerima surat itu merupakan penerima fasa satu dan 13 lagi surat tawaran masih diproses yang kesemuanya merupakan pemilik tanah pertanian, industri, komersil dan bangunan.

Timbalan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah Bernard Liew berkata selain tanah, dianggarka­n sebanyak 30 bangunan terlibat dalam projek itu dan akan diberikan surat tawaran setelah proses penilaian selesai.

“Sebanyak 46 surat tawaran pampasan tanah dan bangunan akan dikeluarka­n oleh kerajaan dalam projek ini.

“Dalamfasas­atuini,hanya33 surat tawaran yang diserahkan manakala selebihnya akan dikeluarka­n setelah proses penilaian siap dilakukan oleh jurunilai profesiona­l,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pampasan Tanah Bagi Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah jajaran Lahad Datu yang diadakan di perkaranga­n pejabat Jabatan Tanah dan Ukur Sabah cawangan daerah pada pagi Khamis.

Menurut Bernard, proses pembayaran pampasan akan mengambil masa lebih kurang sebulan untuk dijelaskan dengan syarat pemilik memberikan butiran yang lengkap termasukla­h akaun bank pemilik adalah aktif.

Katanya, nilai pampasan yang dibayar kerajaan adalah mengikut harga pasaran semasa dan ianya berbeza mengikut kriteria kegunaan tanah dan bangunan.

Jalan Pintas Lahad Datu sepanjang 7 kilometer adalah laluan baharu empat lorong dua hala, yang terkandung dalam pakej jajaran Lebuhraya Pan Borneo fasa satu di kawasan pantai timur Sabah akan menghubung­kan Lahad Datu dengan Kunak, Tawau, Kinabatang­an dan Sandakan.

Majlis turut dihadiri Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Dewan Undangan Negeri Lahad Datu Ir Rajesh Yusuf.

 ??  ?? BERNARD dan Rajesh bersama para penerima surat tawaran pampasan tanah.
BERNARD dan Rajesh bersama para penerima surat tawaran pampasan tanah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia