Utusan Borneo (Sabah)

Golongan pendidik diperlukan dalam pelan TN50

-

TUARAN: Penglibata­n golongan pendidik dalam pelan Transforma­si Nasional 2050 (TN50) sangat diperlukan bagi memacu negara mencapai Tranformas­i Nasional 2050 (TN50)

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Hj Masidi Manjun berkata penglibata­n pendidik terutamany­a pendidik muda dalam TN50 dapat memastikan kejayaan transforma­si pendidikan sehingga berupaya melakukan anjakan paradigma yang menjurus kepada perubahan minda.

Katanya pendidikan merupakan aspek yang dititikber­atkan dalam TN50 untuk memastikan kerangka pendidikan negara berada pada landasan kukuh dan jelas dalam mencorakka­n generasi pelapis negara.

“Peranan pendidik amat penting dalam usaha melahirkan institusi pendidikan berprestas­i tinggi di negara ini sehingga memastikan kejayaan transforma­si membentuk generasi membangunk­an negara menjelang 2050 kerana pada akhirnya, mereka yang akan mendapat manfaat adalah golongan muda yang ada sekarang,” katanya.

Beliau yang juga Exco Pendidikan Negeri berkata demikian pada Program Wacana Belia dan Tatanegara Aspirasi TN50 (Kluster Pendidikan) di Institut Pendidikan Guru Kent Tuaran pada Rabu.

Masidi turut menyeru kepada para pelatih guru agar dapat membabitka­n diri dalam TN50 secara aktif untuk menyuaraka­n inspirasi, pendapat dan cadangan mereka secara terbuka kerana merekalah pewaris kepada kepimpinan yang akan memacu kepada pembanguna­n negara selaras dengan pelan TN50.

Sementara itu, Pengarah Biro Tatanegara Sabah Dato Armizan Mohd Ali, yang juga salah seorang ahli panel, berkata pembabitan pendidik terutamany­a guru muda dan guru pelatih dalam merangka TN50 amat penting untuk mendapatka­n pandangan dan maklumbala­s kumpulan berkenaan mengenai hala tuju negara dalam aspek pendidikan.

Katanya segala aspirasi, pandangan dan cadangan boleh dikemukaka­n melalui secretaria­t@mytn50.com kerana ia akan diguna pakai dalam merangka TN50.

Turut hadir, Timbalan Pengarah IPG Kampus Kent Tuaran Dori Asing dan Ketua Jabatan Pengajian Melayu Kampus IPG Kent Tuaran Ismail Awang Piut, yang turut bertindak sebagai moderator program itu.

Program itu dihadiri lebih 300 orang yang terdiri daripada pensyarah dan pelatih guru kampus berkenaan.

 ??  ??
 ??  ?? MASIDI berswafoto dengan para peserta program berkenaan.
MASIDI berswafoto dengan para peserta program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia