Utusan Borneo (Sabah)

Suspek kes bunuh ditangkap dalam tempoh 72 jam

- Oleh DELLROY

KENINGAU: Seorang lelaki warga Indonesia berumur 50 tahun yang disyaki membunuh seorang lelaki yang juga warga negara itu berumur 54 tahun, berjaya dikesan dan ditangkap polis dalam tempoh 72 jam.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Suprintend­an Ahmad Jawila berkata suspek ditangkap pada 6 Julai lepas sekitar jam 6 petang oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Keningau dan IPD Tawau di ladang sawit tepi Jalan Quin Hill, Batu 24 Jalan Apas Tawau.

Katanya, suspek telah melarikan diri ke kawasan hutan namun dengan bantuan Unit K9 IPD Tawau, suspek berjaya ditangkap bersama isterinya.

“Polis telah menerima laporan pada 3 Julai jam 3.08 petang dari seorang pengadu mengatakan pada hari yang sama kira-kira jam 9 pagi bertempat di kawasan kebun sawit berdekatan salah sebuah kilang di Jalan Kimanis, Batu 5, pengadu memaklumka­n bahawa mayat pekerjanya telah dijumpai dan disyaki telah dibunuh oleh seorang lelaki yang dikenali,” katanya pada sidang media di IPD di sini pada Khamis.

Hasil siasatan, katanya, mendapati pengadu yang merupakan penyelia di salah sebuah kilang memaklumka­n seorang pekerja lelaki berumur lingkungan 50 warga Indonesia, iaitu mangsa, tidak datang kerja pada 28 Jun hingga 3 Julai.

“Pengadu telah cuba meminta bantuan pekerja yang lain untuk mencari sehinggala­h pada 3 Julai seorang pengawal keselamata­n di kilang berkenaan telah menjumpai satu kawasan yang dipenuhi lalat serta berbau busuk, lalu memaklumka­nnya kepada pengadu yang kemudianny­a membuat laporan polis,” katanya.

Ahmad berkata mangsa telah ditemukan dalam keadaan tertimbus tanah di satu kawasan yang curam. Pemeriksaa­n mendapati mayat mangsa memakai baju-T dan seluar warna gelap serta berkasut getah.

 ??  ?? AHMAD menunjukka­n parang yang dipercayai digunakan oleh suspek membunuh mangsa.
AHMAD menunjukka­n parang yang dipercayai digunakan oleh suspek membunuh mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia