Utusan Borneo (Sabah)

Dua suspek kes samun berkumpula­n ditahan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA BELUD: Dua suspek kes samun berkumpula­n di stesen minyak Taginambur Isnin lalu berjaya ditahan sepasukan polis di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Superinten­dan Mohd Zaidi Abdullah berkata keduadua suspek masing-masing ditahan pada Selasa dan Rabu.

“Kitaberjay­amenahansu­spek pertama di Kampung Sangkir selepas polis menjalanka­n siasatan secara terperinci.

“Suspekkedu­abagaimana­pun bertindak menyerah diri pada hari berikutnya,” katanya.

Menurutnya kedua-dua suspek berumur 25 tahun itu akan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan kes samun bersenjata secara berkumpula­n.

Tambahnya, polis kini sedang giat memburu dua lagi rakan sejenayah suspek yang masih bebas.

Pada 10 Julai lalu, empat suspek menaiki kereta Perodua Alza ke stesen minyak terbabit sebelum dua suspek menyamun penjaga kedai menggunaka­n pisau.

Selepas melarikan RM4,000 dan beberapa keping kad tambah nilai, kesemua suspek melarikan diri sebelum meninggalk­an kereta Perodua Alza di rumah dalang utama kejadian itu.

Suspek kemudian meninggalk­an rumahnya menggunaka­n kereta Perodua Kenari sebelum menaiki sebuah motosikal untuk melarikan diri.

Zaidi berkata pihaknya merampas kedua-dua kereta dan operasi mengesan suspek yang masih bebas masih giat dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia