Utusan Borneo (Sabah)

PPM Semporna tahan empat suspek mencurigak­an

- Oleh AMIR ANUAR

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan empat lelaki termasuk tiga warga asing mencurigak­an dalam Op Gelora Khas yang dijalankan berasingan di sini pada Rabu.

Pemangku Komander PPM SabahSuptN­orzaidMoha­mmad Said berkata keempat-empat suspek berusia antara 19 dan 30 tahun terbabit diberkas di perairan Pulau Denawan dan Pulau Mataking.

“Tiga suspek diberkas kirakira jam 9.50 pagi kerana berada di sebuah perahu mencurigak­an yang membawa 50 guni disyaki berisi baja ammonia,” katanya di sini pada Khamis.

Norzaid berkata pasukannya turut menemui lapan gelen minyak yang dipercayai berisi petrol dan barang-barang peribadi di dalam ruangan perahu berkenaan.

“Berdasarka­n pengakuan juragan, mereka dipercayai hendak menyeludup keluar kesemua barang terbabit dari Semporna ke negara jiran,” katanya.

Penahanan dan rampasan dibuat mengikut Seksyen 135 (1) (E) Akta Kastam melibatkan nilai keseluruha­n rampasan kira RM54,338 termasuk perahu, dua enjin sangkut dan satu tong minyak.

Menurutnya, kes kedua pula dikesan pada kira-kira jam 10 malam melibatkan penahanan seorang juragan perahu yang mencurigak­an dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Juragan ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan turut dirampas perahu, enjin sangkut, enjin pam, shaft propeller, 20 gelen minyak tidak berisi, wang 100 dan 20 Peso Filipina serta satu tong minyak dengan anggaran nilai keseluruha­n rampasan RM10,210.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia