Utusan Borneo (Sabah)

Dipenjara 10 bulan kerana ceroboh rumah

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dikenakan penjara 10 bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan menceroboh masuk ke dalam sebuah rumah.

Zan Abd Malik Asmat, 32, dijatuhkan hukuman itu oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Mohd Aizat Abdul Rahim, selepas mengaku bersalah.

Tertuduh menceroboh masuk ke dalam rumah milik S. Alwee Salim, pada 17 Febuari lalu jam 11.15 malam di sebuah rumah, Lorong 1 Taman Jumbo Putatan, Penampang.

Atas kesalahan itu, tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara sehingga tempoh tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau dengan kedua-duanya sekali.

Berdasarka­n fakta kes, pengadu mengesyaki terdapat orang masuk ke dalam rumahnya, setelah menerima maklumat dari orang awam dua lelaki cuba mundar-mandir di kawasan tepi rumah beliau.

Pengadu melihat dua lelaki menaiki motosikal berhenti di tepi rumah dan terus masuk ke pintu belakang pagar yang sudah dirobohkan.

Kemudian, beliau menghubung­i anggota polis untuk meminta bantuan memeriksa keadaan di rumahnya.

Hasil pemeriksaa­n, pihak polis berjaya menangkap dua lelaki dan seorang wanita bersembuny­i di dalam rumah pengadu.

Semasa rayuan, Zan yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringanka­n kerana mempunyai seorang ibu yang menderita penyakit jantung.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap.

Pendakwaan itu dikendalik­an Pegawai Pendakwa Insp Suzie@Stephanie Kapit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia