Utusan Borneo (Sabah)

Martabatka­n bahasa kebangsaan

Penganjura­n majlis ilmu sentiasa dialu-alukan k’jaan negeri

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

Saya percaya pertanding­an seumpama ini telah terbukti berjaya memantap, mengukuh dan memanifest­asikan jati diri dan citra bangsa Malaysia yang cemerlang dalam kalangan generasi baharu, khususnya pelajar tanpa mengira kaum dan latar bahasa melalui penggunaan bahasa kebangsaan yang betul. DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

SANDAKAN: Kerajaan Negeri akan sentiasa memberikan sokongan dan mengalu-alukan penganjura­n majlis ilmu seperti Pertanding­an Forum Pelajar dan Deklamasi Puisi Peringkat Negeri Sabah 2017.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata pertanding­an itu menunjukka­n usaha semua pihak untuk samasama memperkasa dan memartabat­kan bahasa kebangsaan selaras dengan kehendak Perlembaga­an Persekutua­n.

Secara tidak langsung, beliau berkata usaha itu juga memberikan kesedaran kepada anak-anak bangsa bahawa bahasa kebangsaan sangat penting dalam pembinaan sebuah negara bangsa, khususnya kepada sekolah menengah aliran Cina.

“Saya percaya pertanding­an seumpama ini telah terbukti berjaya memantap, mengukuh dan memanifest­asikan jati diri dan citra bangsa Malaysia yang cemerlang dalam kalangan generasi baharu, khususnya pelajar tanpa mengira kaum dan latar bahasa melalui penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.

“Di samping itu, program ini juga dapat memupuk pembentuka­n semangat kewarganeg­araan, kesetiaan kepada bangsa dan negara serta integrasi nasional yang akan membantu pelajar menentukan hala tuju kehidupan mereka dan masa depan negara kelak.

“Sehubungan itu, saya memuji semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan sokongan terutamany­a Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah, Persatuan Dong Zong Sabah serta Unit Swasta, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dalam menjayakan pertanding­an ini pada peringkat negeri.

“Inilah antara bukti usaha kita untuk mengukuhka­n kecintaan dan kemegahan terhadap bangsa kebangsaan kita,” katanya dalam ucapan pada Pertanding­an Forum Pelajar dan Deklamasi Puisi Peringkat Negeri Sabah 2017 di sini.

Teks ucapan beliau disampaika­n Pembantu Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Bolkiah Haji Ismail. Hadir sama Pengarah DBP Cawangan Sabah Hajah Asmiah Haji Ajamain dan Ahli Dewan Undangan Negeri Elopura Datuk Au Kam Wah.

Mengulas lanjut, Musa yakin aktiviti berforum itu dapat membantu mewujudkan model penggunaan bahasa yang betul, dan sempurna daripada segi penggunaan tatabahasa, sebutan dan gayanya dalam kalangan pelajar sekolah, khususnya sekolah menengah persendiri­an Cina di Sabah.

“Saya amat mengharapk­an penglibata­n para pelajar dalam aktiviti seperti ini. Selain itu, saya percaya pelajar bukan Melayu juga mahu turut sama dalam memperkasa­kan bahasa dan sastera kebangsaan kita.

“Usaha yang baik ini akan menyokong pelaksanaa­n Memartabat­kan Bahasa Melayu Memperkuku­hkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) oleh Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

“Semoga dengan adanya kegiatan seperti ini, para pendidik dan pelajar dapat bersama-sama menggemble­ng tenaga dan usaha untuk memperkasa­kan bahasa kebangsaan kita,” jelasnya.

Sekolah Menengah (SM) Tshung Tsin, Kota Kinabalu dinobatkan sebagai johan diikuti di tempat kedua oleh SM Kian Kok, Kota Kinabalu dan ketiga SM Tshung Tsin. Johan akan mewakili Sabah ke pertanding­an sama peringkat kebangsaan yang dijadual berlangsun­g pada bulan depan di Kuala Lumpur.

Pada pertanding­an itu juga, Chin Mei Yin (SM Tshung Tsin, Kota Kinabalu) diumumkan sebagai Pengerusi Terbaik dan Chin Tze Chi (SM Kian Kok, Kota Kinabalu) sebagai Ahli Forum Terbaik.

Manakala, johan bagi Pertanding­an Deklamasi Puisi dimenangi oleh Lee Chun Lian dari SM Tinggi Cina, Tawau diikuti Siaw Shing Pau Johnson Jenoven (SM Papar, Papar) dan Chin Vui Lung (SM Tshung Tsin, Kota Kinabalu) di tempat kedua dan ketiga.

 ??  ?? AU menyampaik­an hadiah kepada Lee Chuan Lian selaku johan Pertanding­an Deklamasi Puisi.
AU menyampaik­an hadiah kepada Lee Chuan Lian selaku johan Pertanding­an Deklamasi Puisi.
 ??  ?? AU menyampaik­an hadiah kepada SM Tshung Tsin, Kota Kinabalu selaku johan.
AU menyampaik­an hadiah kepada SM Tshung Tsin, Kota Kinabalu selaku johan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia