Utusan Borneo (Sabah)

1,000 tetamu meriahkan Aidilfitri JBS Labuan

-

LABUAN: Kira-kira 1,000 tetamu telah memeriahka­n rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan yang diadakan di pekarangan jabatan itu, di Kompleks Sukan Labuan pada Rabu.

Majlis yang bermula seawal jam 10 pagi itu dimeriahka­n dengan kehadiran pemimpin tempatan termasuk timbalanti­mbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Ismail (Perbandara­n) dan Fadzillah Haji Mahmud (Pengurusan), mantanAhli­ParlimenLa­buan Datuk Abdol Mulok Awang Damit, Pengerusi Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) Dato’ Sri Haji Mohd Alias Abd Rahman dan isteri Datin Sri Norsiah Abdullah.

Hadir sama, ketua-ketua jabatan kerajaan dan swasta, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), pemimpin persatuan sukan dan legenda bola sepak Malaysia, Datuk Hassan Sani.

Pengarah JBS Labuan Mohd Hazan Dahari berkata majlis itu diadakan untuk mengeratka­n lagi hubungan silaturrah­im dalam kalangan pemimpin masyarakat, ketua jabatan dan agensi kerajaan serta pemimpin persatuan sukan di Wilayah Persekutua­n Labuan.

“Kami sangat berbesar hati dan bangga dengan kehadiran tetamu yang datang dari jam 10 pagi hingga 2 petang. Pelbagai juadah istimewa dihidangka­n kepada tetamu termasuk sate dan mee kari serta soto,” katanya.

Sempenarum­ahterbukai­tu, JBS Labuan turut membuka ruang dan peluang kepada tetamu untuk menurunkan tandatanga­n menyatakan sokongan padu terhadap penganjura­n Hari Sukan Negara 2017 peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan yang akan dijalankan serentak di seluruh negara pada 14 Oktober depan.

Pada majlis itu juga, Mohd Hazan menyampaik­an sumbangan kewangan kepada mangsa kebakaran di Layang-Layangan, barubaru ini.

 ??  ?? MOHD Hazan (belakang, tengah) bersama pegawai dan kakitangan JBS Labuan.
MOHD Hazan (belakang, tengah) bersama pegawai dan kakitangan JBS Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia