Utusan Borneo (Sabah)

Ahmad Zahid beri bantuan kepada keluarga mangsa rabies

-

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis menghulurk­an sumbangan peribadi RM60,000 kepada keluarga dua beradik yang meninggal dunia akibat jangkitan virus rabies atau penyakit anjing gila, 4 Julai lepas.

Ahmad Zahid menyerahka­n bantuan tersebut kepada ibu bapa mangsa, Mazlan Pujan, 37 dan Elisa John 37, di pejabat Hornbill Skyways di sini bagi membantu keluarga terbabit membina kediamaan baharu berikutan rumah yang mereka diami ketika ini usang.

Dua beradik berkenaan, Monica dan Jackson Mazlan masing-masing berusia enam dan empat tahun yang menetap di Kampung Paon, Rimu Bakung, Serian meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak selepas dikesan dijangkiti virus itu hujung bulan lepas.

Sebelum itu, Ahmad Zahid, diberi taklimat mengenai wabak rabies yang berlaku di Bahagian Serian oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas di pejabat yang sama.

Sebaik selesai majlisfrin­gkas itu, Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), menaiki helikopter untuk menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri, Kementeria­n Dalam Negeri di Padang Lama, Kompleks Sukan di Sri Aman.

Setakat 3 petang Rabu, terdapat empat kes positif virus rabies dengan dua kematian dan dua mangsa lain dalam keadaan kritikal di Unit Jagaan Rapi Kanakkanak (PICU) Hospital Umum Sarawak.

Pada 4 Julai lalu, kerajaan Sarawak mengisytih­arkan lima kampung di Bahagian Serian sebagai kawasan wabak rabies dan mengeluark­an arahan agar semua anjing peliharaan di kawasan dalam lingkungan 10km di situ, diberi vaksin terhadap penyakit berkenaan.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia