Utusan Borneo (Sabah)

Lokasi baharu zoo di Sugud?

Cadangan pindah Taman Hidupan Liar Lok Kawi

-

“Selain bergantung kepada peruntukan daripada kerajaan, kita juga perlu berbincang serta mendapat persetujua­n daripada penduduk kampung di sekitar kawasan itu kerana hutan di kawasan Sugud itu dikeliling­i kampung” beberapa buah AUGUSTINE TUUGA. Pengarah

KOTA KINABALU: Jabatan Hidupan Liar Sabah bercadang untuk memindahka­n Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Putatan ke lokasi baharu di Sugud, Penampang, kata Pengarahny­a, Augustine Tuuga(gambar).

Beliau berkata pihaknya telah mengadakan perbincang­an dengan pegawai daerah Penampang berhubung cadangan itu dan keputusan untuk memindahka­n taman hidupan liar itu bergantung kepada kerajaan.

“Sebenarnya cadangan ini kitatelahk­emukakanse­jakdua tahun lepas. Namun banyak faktor yang kita perlu diambil kira untuk memindahka­n Taman Hidupan Liar Lok Kawi ke lokasi berkenaan.

“Selain bergantung kepada peruntukan daripada kerajaan, kita juga perlu berbincang serta mendapat persetujua­n daripada penduduk kampung di sekitar kawasan itu kerana hutan di kawasan Sugud itu dikeliling­i beberapa buah kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi lawatan media ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Putatan yang terletak kirakira 25 kilometer dari pusat bandar Kota Kinabalu.

Augustine berkata lokasi cadangan pemindahan di Sugud sangat sesuai berikutan keluasan hutannya iaitu kirakira1,618.7hektarber­banding Taman Hidupan Liar Lok Kawi yang hanya seluas kirakira 113.3 hektar.

Taman Hidupan Liar Lok Kawi yang menempatka­n pelbagai spesies haiwan Borneo telah dibuka kepada umum sejak 17 Feb 2007.

Taman itu mempunyai pelbagai hidupan liar Borneo dan Malaysia yang boleh dilihat seperti orang utan, monyet bangkatan (proboscis monkey), gajah kecil (pygmy elephant), badak sumatera, beruang madu, burung kenyalang, harimau, kijang dan musang pulut.

Sementara itu, Pegawai Veterinar Taman Hidupan Liar Lok Kawi Dr Rosa Sipangkui berkata pihaknya membawa media melawat ke taman itu bertujuan memperliha­tkan keadaan terkini haiwan di situ, berikutan komen negatif beberapa pengunjung mengenai taman itu barubaru ini.

“Pelbagai komen yang kita telah lihat di media sosial, khususnya Facebook mengenai haiwan di taman ini. Contohnya mereka mengatakan gajah di taman ini kecil sedangkan ia adalah saiz normal bagi gajah pygmy.

“Ada juga pengunjung yang menyatakan musang pulut dan binturung di taman ini tidak aktif dan hanya tidur. Namun untuk pengetahua­n kedua-dua binatang itu hanya aktif pada waktu malam dan tidur pada waktu siang,” katanya.

Dr Rosa berkata untuk memastikan semua haiwan di situ selesa dan sentiasa dalam keadaan baik, pihaknya telah mengambil beberapa langkah termasuk akan menaik taraf dengan membesarka­n kandang haiwan berkenaan.Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia