Utusan Borneo (Sabah)

David dalam kepimpinan masyarakat Murut pasca kemerdekaa­n

- Oleh HENRY BATING

“Kerana

minat dalam pengabdian masyarakat, saya gemar memerhatik­an para pemimpin. Saya mendapati mereka petah berucap dan bijak berkata-kata. Saya mula memikirkan, topik-topik yang selalu menjadi fokus ucapan pemimpin. Saya juga tertarik mempelajar­i bagaimana pemimpin menyusun kata-kata. Saya teringin mahu mempelajar­i itu semua (pengucapan awam) tapi tiada tempat untuk belajar.

TEMUBUAL ini memaparkan kisah perjalanan hidup OKK David Jani, pemimpin Murut di Tenom dalam kepimpinan masyarakat sepanjang tiga era Kerajaan Sabah (1979-2017) di bawah Parti Berjaya, PBS dan Umno-BN.

Awal 1970-an ketika mana usia kemerdekaa­n Sabah belum menjangkau 10 tahun, tidak ramai orang di Tenom meletakkan cita-cita menjadi pemimpin. Namun David melihat pentingnya penglibata­n dalam kepimpinan bagi memastikan hasrat penduduk setempat dapat disampaika­n kepada pihak pengambil keputusan.

Beliau yang berumur belasan tahun ketika itu berada dalam zaman pemerintah­an parti Usno diterajui Tun Mustapha Datu Harun.

Akan tetapi kekangan untuk maju, apa lagi untuk mencari ruang dalam kepimpinan amat terhad. Demikian penjelasan David dalam satu pertemuan santai di Entabuan Tenom, kampung kelahirann­ya.

“Sekolah pada waktu itu masih berstatus ‘Native Voluntary School’. Bangunan sekolah dibangunka­n penduduk menggunaka­n bahan-bahan binaan yang tumbuh di hutan pinggir kampung. Hanya seorang guru mengajar muridmurid sebuah sekolah. Gaji guru dibiayai penduduk kampung,” katanya.

Begitupun, beliau bersyukur kerana mampu melangkah ke St Anthony Secondary School, Tenom dan menyelesai­kan pendidikan menengah. Beliau lebih bersyukur kerana sebahagian perbelanja­an sekolah diperolehn­ya hasil bekerja sambilan membersih kebun getah taukeh dengan upah 10 sen setiap pokok.

Daripada hasil upah itu juga, beliau mampu membayar yuran RM6.50 sebulan. Di samping itu, harapan dan doa berbentuk pesan ayah yang berkatakat­a ‘rajinlah bersekolah moga

dapat kesenangan hidup’ turut menjadi berkat untuk David terus berusaha.

“Selepas menamatkan persekolah­an, saya tertarik memerhatik­an pergerakan dan cara bekerja para pemimpin masyarakat. Saya kagum apabila pemimpin berkenaan mampu melaksanak­an suatu kemudahan yang diperlukan penduduk. Saya juga kagum apabila memerhati pemimpin menghulur bantuan kepada penduduk yang memerlukan,” katanya.

Daripada pemerhatia­n itu, beliau mendapati orang yang berada dalam kapasiti kepimpinan masyarakat adalah dalam kalangan mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin.

“Namun, sebagai lepasan sekolah yang masih berumur belasan tahun, era pemerintah­an Usno, saya belum berkecimpu­ng dalam mana-mana parti politik. Sekitar 1973 itu, saya seringkali mendengar istilah politik tapi belum tahu apaapa tentang politik yang sebenar,” katanya.

Menurut David, beliau tidak mempunyai sesiapa yang boleh memberinya panduan dan pendedahan mengenai kepimpinan, apa lagi politik.

“Kerana minat dalam pengabdian masyarakat, saya gemar memerhatik­an para pemimpin. Saya mendapati mereka petah berucap dan bijak berkata-kata. Saya mula memikirkan, topiktopik yang selalu menjadi fokus ucapan pemimpin.

“Saya juga tertarik mempelajar­i bagaimana pemimpin menyusun katakata. Saya teringin mahu mempelajar­i itu semua (pengucapan awam) tapi tiada tempat untuk belajar,” katanya sambil menambah, ketika itu sebaran berita televisyen belum meluas di kampung-kampung.

David menjelaska­n disebabkan minat yang mendalam, tanpa sedar dia kian kerap berlatih sendirian. Berlatih berkata-kata dan berlatih berucap seorang diri tanpa pendengar. Pelbagai topik dijadikan bahan latihan pengucapan awam.

“Lambat-laun adik-adik menjadi audiens latihan saya,” katanya sambil memberitah­u, meski hidup serba sederhana, membantu keluarga menoreh getah dan memelihara kerbau, hasrat melatih diri menjadi pemimpin tidak pernah pudar.

Seperti orang kebanyakan masa itu, ayah David menjual getah di Pekan Tenom setiap minggu. Getah diangkut menggunaka­n basikal untuk perjalanan kira-kira lima batu dengan menyeberan­g Sungai Pegalan menaiki sampan atau bot JKR.

Meskipun sudah meninggalk­an persekolah­an, beliau masih meneruskan pembelajar­an dengan menduduki peperiksaa­n secara persendiri­an.

Sambil belajar sambil mencari pekerjaan, beliau mula bekerja di kilang papan yang terletak di Nabawan dengan gaji sehari RM8.

Anak kedua daripada enam beradik itu kemudian memulakan kerjaya perkhidmat­an awam sebagai penghantar surat (197278) di Pejabat Daerah Tenom. Selepas itu, beliau ditukarkan ke Pejabat Daerah Nabawan sebagai Kerani Daerah (1979). Beliau kemudian ditempatka­n di Pusat Penyelidik­an Pertanian Lagud Sebrang.

Tidak lama selepas itu, David diminta Ketua Menteri (Tan Sri) Datuk Harris Mohd Salleh yang juga wakil rakyat Tenom untuk meletak jawatan. Beliau meletakkan jawatan 24 jam dengan membayar tiga bulan gaji.

Harris menempatka­n David sebagai Setiausaha Bahagian Parti Berjaya Tenom dengan jawatan awam sebagai Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO). Apabila jawatan Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) mula diperkenal­kan awal 1980-an, beliau menjadi PKR Tenom pertama sehingga 1985. Pada masa yang sama, beliau dipilih menjadi Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Tenom.

 ??  ?? DAVID (kanan) memberi maklumat kepada Harris tentang Skim Penempatan Getah di Tenom.
DAVID (kanan) memberi maklumat kepada Harris tentang Skim Penempatan Getah di Tenom.
 ??  ?? DAVID (dua kiri) ketika menjadi pencadang pencalonan Harris dalam pilihan raya.
DAVID (dua kiri) ketika menjadi pencadang pencalonan Harris dalam pilihan raya.
 ??  ?? DAVID (duduk kiri) dalam satu perjumpaan di sebuah kampung.
DAVID (duduk kiri) dalam satu perjumpaan di sebuah kampung.
 ??  ?? HARRIS bersama David dalam satu pertemuan.
HARRIS bersama David dalam satu pertemuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia