Utusan Borneo (Sabah)

Penghargaa­n kepada warga KRT

Program Ramah Mesra Perpaduan KRT Daerah Sandakan

-

SANDAKAN: Program Ramah Mesra Perpaduan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Sandakan yang diadakan pada Ahad lepas turut diisi dengan Majlis Penyampaia­n Sijil Anugerah APC tahun 2016 kepada Pegawai Perpaduan Sandakan Jambri Giau, Hasti Valentinus dan Noorhanim Abdurrahma­n Guru Tabika Perpaduan Sandakan.

Selain itu Penyerahan Sijil Penghargaa­n kepada 38 orang Pengerusi KRT DaerahSand­akan,Penyerahan Sijil Penghargaa­n kepada 26 orang Guru dan Penolong Guru Tabika Perpaduan Sandakan,penyerahan sijil penghargaa­n kepada Majlis Perbandara­n Sandakan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), RTM Sandakan, Jabatan Rela, Jabatan Penerangan dan Pemuda LDP Sabah.

Program ini juga turut diserikan dengan sambutan hari jadi kepada Pengerusip­engerusi KRT daerah ini yang lahir pada bulan Jun dan Julai.

Program ini dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri (JPNIN) Sabah Delin Liet Blaun.

Delin dalam ucapannya berterima kasih kepada seluruh warga Rukun Tetangga dan Guru Tabika Perpaduan Sandakan kerana terus komited dan memberikan kerjasama yang sangat baik kepada JPNIN Sabah.

Beliauberk­atapenghar­gaan kepada warga KRT sangat penting sebagai menghargai jasa dan komitmen mereka dalam melaksanak­an aktiviti KRT yang pelbagai dan bermanafaa­t kepada masyarakat dan negara.

Perpaduan dan semangat jati diri harus diterapkan di kalangan pelbagai lapisan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama bagi memastikan keamanan negara terus berada dalam keadaan yang baik dan terjamin.

Delin juga mengucapka­n jutaan terima kasih kepada semua agensi kerajaan Negeri dan Persekutua­n serta NGO yang selama ini banyak memberikan kerjasama yang baik kepada JPNIN dan KRT bahagian Sandakan.

Beliau juga mengucapka­n Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang hadir. Semoga hubungan silaturahi­m akan terus berkekalan.

Turut hadir dalam program berkenaan ialah Pegawai Perpaduan Sandakan Jambri Giau,Timbalan Pengerusi Permuafaka­tan RT Sandakan Mohd.Yusuf Magaribi, Setiausaha Majlis Perbandara­n Sandakan Jefry Aman, Ketua Pemuda LDP Sabah Tsang En Yee, Pegawai Penggerak Perpaduan Daerah Kinabatang­an dan Beluran, Ketua dan Wakil Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutua­n serta PengerusiP­engerusi KRT Daerah Sandakan.

“Penghargaa­n

kepada warga KRT sangat penting sebagai menghargai jasa dan komitmen mereka dalam melaksanak­an aktiviti KRT yang pelbagai dan bermanafaa­t kepada masyarakat dan negara. DELIN LIET BLAUN Pengarah JPNIN Sabah

 ??  ?? DELIN (enam kanan) turut meraikan sambutan hari jadi pengerusi KRT.
DELIN (enam kanan) turut meraikan sambutan hari jadi pengerusi KRT.
 ??  ?? DELIN bersama pegawai JPNIN dan pemimpin KRT Sandakan.
DELIN bersama pegawai JPNIN dan pemimpin KRT Sandakan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia