Utusan Borneo (Sabah)

Pengarah JPNIN Sabah adakan perjumpaan dengan AJKRT Kinabatang­an

-

KINABATANG­AN: Pengarah Jabatan Perpaduan NegaradanI­ntegrasiNa­sional (JPNIN) Sabah, Delin Liet Blaun mengadakan perjumpaan bersama Ahli Jawatankua­sa Kawasan Rukun Tetangga (AJKRT) Daerah Kinabatang­an di PRT Kampung Sentosa Jaya pada Ahad lepas.

Program perjumpaan itu adalah satu program yang sudah menjadi tradisi KRT Daerah setiap tahun.

Perjumpaan ini amat besar maknanyake­padasetiap­KRT kerana selain mengeratka­n hubungan antara kepimpinan tertinggi Jabatan dengan AJKRT, ianya juga menjadi pemangkin kepada percambaha­n minda dan ilmu pengetahua­n melalui sesi ramah mesra yang akan diadakan nanti.

Dalam majlis yang penting itu, Delin menerangka­n mengenai misi, pandangan dan wawasan serta hala tuju JPNIN Sabah untuk dikongsika­n kepada AJKRT supaya ianya menjadi satu perkara yang mampu membangkit­kan harapan segenap lapisan masyarakat bukan sahaja dalam KRT tetapi masyarakat secara keseluruha­nnya.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa komuniti rukun tetangga boleh diibaratka­n sebagai sebatang pohon yang memerlukan akar yang kuat supaya dapat hidup dengan subur.

Perpaduan yang kuat diibaratka­n akar yang akan dapat membekalka­n keharmonia­n dan keamanan dalam kehidupan bermasyara­kat.

Selain itu, beliau juga berpesan agar warga KRT terutamany­a di Daerah Kinabatang­an perlu sentiasa megekalkan keaktifan dalam menganjurk­an aktiviti.

 ??  ?? DELIN bersama pemimpin KRT Kinabatang­an.
DELIN bersama pemimpin KRT Kinabatang­an.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N daripada Tunas Jiran Kinabatang­an.
PERSEMBAHA­N daripada Tunas Jiran Kinabatang­an.
 ??  ?? ANTARA pemimpin KRT yang hadir dalam perjumpaan bersama Delin.
ANTARA pemimpin KRT yang hadir dalam perjumpaan bersama Delin.
 ??  ?? DELIN bersama tetamu kehormat dalam majlis itu.
DELIN bersama tetamu kehormat dalam majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia