Utusan Borneo (Sabah)

Inspirasik­an kejayaan anak Sabah

Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

“Menerima biasiswa berkenaan adalah satu tanggungja­wab buat dirinya dan sekaligus mahu menjadi inspirasi kepada keluarga. SITI NURFARAHIN LAPIRIN “Saya sedar dipilih menjadi penerima Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah bukanlah mudah sebab itu saya berbangga mendapat biasiswa ini. MOHD AIMAN HAZIM JANAWE

TIDAK pernah terlintas di fikiran untuk menjadi salah seorang penerima Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah, walaupun memperoleh­i keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Namun apabila terpilih sebagai salah seorang penerima biasiswa berkenaan, Mohd Aiman Hazim Janawe, 18, menganggap ia sebagai mimpi menjadi kenyataan.

Buat pertama kali menerima biasiswa, anak kelahiran Kampung Berangkok, Kuala Penyu, ini berasa amat terharu dengan tawaran yang diumpamaka­n membawa makna besar dalam hidupnya.

“Sebelum ini, saya tidak pernah menerima sebarang tajaan biasiswa. Justeru, ini membawa satu dorongan besar untuk saya belajar bersungguh-sungguh.

“Saya sedar dipilih menjadi penerima Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah bukanlah mudah sebab itu saya berbangga mendapat biasiswa ini,” katanya.

Mohd Aiman berkata demikian apabila ditemui pada majlis Penyampaia­n Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (ABCNS) Siri Ke-28 di Kota Kinabalu pada Khamis.

Bercita-cita menjadi doktor, Mohd Aiman menganggap hasrat beliau itu juga sebagai satu tanggungja­wab kepada keluarga.

Menurutnya selain cita-cita sendiri, menjadi doktor juga adalah impian keluarga memandangk­an belum ada ahli keluargany­a yang memegang jawatan doktor.

Sehubungan itu, dia amat berharap dengan adanya bantuan biasiswa bersama harapan keluarga, dirinya mampu mencapai cita-cita berkenaan.

Mohd Aiman yang juga bekas pelajar Sekolah Menengah (SM) Sains Wilayah Persekutua­n Labuan kini mengikuti Program Asasi Sains di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Kegembiraa­n yang sama turut dikongsika­n oleh seorang lagi penerima Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah, Siti Nurfarahin Lapirin, 17.

Bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tawau ini sedang mengikuti pengajian di Kolej Matrikulas­i Labuan dalam jurusan Sains Modul 1.

Bagi Nurfarahin, menerima biasiswa berkenaan adalah satu tanggungja­wab buat dirinya dan sekaligus mahu menjadi inspirasi kepada keluarga.

Anak pertama daripada empat beradik ini berhasrat untuk melanjutka­n pelajaran dalam bidang Kejurutera­an Awam di Universiti Teknologi Petronas (UTP).

“Saya memilih UTP kerana universiti ini memang cukup terkenal dengan kualitinya dalam bidang kejurutera­an.

“Justeru, saya berharap bidang ini juga menjadi platform untuk saya berbakti kembali kepada masyarakat satu hari nanti,” katanya yang berasal dari Tawau.

Selain gembira menerima biasiswa berkenaan, anak kepada pasangan peniaga ini juga menganggap ia sebagai satu tanggungja­wab penting untuknya belajar dengan lebih bersungguh­sungguh.

ABCNS adalah acara tahunan anjuran Kumpulan Yayasan Sabah sejak 1990 yang berjaya menaja ramai anak Sabah untuk melanjutka­n pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM.

Pada majlis itu, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah menyampaik­an anugerah biasiswa itu kepada semua penerima.

Pengarah Yayasan Sabah Datuk Sapawi Ahmad dalam ucapannya berkata sejak ABCNS dilaksanak­an, seramai 488 pelajar menikmati tajaan berkenaan.

Daripada jumlah itu jelasnya, seramai 345 orang berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda yang mana 25 orang daripadany­a memperoleh­i Ijazah Kelas Pertama dalam pelbagai bidang.

“Saya menyeru penerima ABCNS tahun ini agar menjadikan ia sebagai faktor pendorong untuk terus cemerlang dan memastikan Ijazah Kelas Pertama menjadi milik anda.

“Dalam usaha membantu lebih ramai anak-anak Sabah, Kumpulan Yayasan Sabah juga akan melancarka­n Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS).

“Dana yang dikumpulka­n daripada dermawan dan badan korporat akan disalurkan kepada pelajarpel­ajar yang kurang berkemampu­an untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi,” jelasnya.

 ??  ?? MUSA (kiri) sempat bersalaman dengan penerima biasiswa yang hadir pada majlis itu.
MUSA (kiri) sempat bersalaman dengan penerima biasiswa yang hadir pada majlis itu.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? TETAMU jemputan, ibu bapa dan pelajar bergambar bersama Musa selepas majlis berkenaan selesai.
TETAMU jemputan, ibu bapa dan pelajar bergambar bersama Musa selepas majlis berkenaan selesai.
 ??  ?? PENYAMPAIA­N anugerah kepada salah seorang penerima ABCNS.
PENYAMPAIA­N anugerah kepada salah seorang penerima ABCNS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia