Utusan Borneo (Sabah)

Ahli Lembaga Pelawat Hospital Labuan penggal 2017-2019

-

MESYUARAT Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) Labuan telah melantik barisan peneraju badan itu bagi sesi 2017-2019.

Jawatankua­sa ALPH Labuan bagi sesi berkenaan dibarisi Pengerusi Wong FooLeong, Setiausaha Yeo Lee Choo @ Jocelyn dan Bendahari Herin Lumpisau.

Keahlian terdiri daripada Chong Sin Lui (2008), Law Pao Yeu (sejak), Liaw Mee Lan (sejak), Tak Keng Shiang @Michael (2014), Chew Chin Hui (2014), Teo Hui Ju (2014), Harun Damit @Awang Damit (2012), Ramimah Hj Lamat (2012), Morsidi Juanah (2012), NoorErney John @ Jamil (2014), Datin Hjh Dayang Pungut Abdul Jalil (2014), Hj Osman Matusin (2014), Hasimah Karim (2014), Edward Hurley Wilfred Lajanty (2014), Ronald James Majaing (2014) dan Polobia Bolleh @Petronella­h Bulli (2014).

Manakala, ahli baharu ialah Sheiron Chang, Michael Bininus, Sri Ram A/L Buddati Sannacy, Jeevathas A/L Sargunan dan John Ngalih.

Majlis Penyerahan Surat Lantikan ALPH telah disempurna­kan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri WP Labuan Dr Ismuni Bohari pada Khamis lepas.

Ismuni berkata bagi sesi 2017-2019, Hospital Labuan telah menerima pencalonan seramai 35 ahli ALPH.

“Seramai 25 orang telah dipilih dan dilantik oleh Menteri Kesihatan melalui surat bertarikh 19 Jun 2017 bagi penggal Januari 2017 hingga Disember 2019,” katanya.

Beliau menjelaska­n ALPH Labuan memegang peranan dan tanggungja­wab sebagai penghubung antara hospital dan komuniti.

Katanya ia bertindak mengeratka­n hubungan antara hospital dan komuniti. Ia memainkan peranan perhubunga­n awam yang positif dengan memberi penerangan yang jelas kepada orang awam mengenai kemudahan dan perkhidmat­an yang disediakan oleh pihak hospital.

Selain itu, menjelaska­n masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak hospital dalam memberi perkhidmat­an kepada orang ramai.

“Dengan cara ini, imej dan peranan sesebuah hospital akan dapat diperbaiki dan perkhidmat­an Lembaga Pelawat akan disanjung tinggi,” katanya.

Menurut Ismuni, badan itu juga mengadakan lawatan ke hospital yang akan mendapat maklum yang diberikan di hospital berkaitan perkhidmat­an kepada pesakit dan waris, masalah yang dihadapi oleh pesakit dan waris berkaitan perkhidmat­an hospital dan kebajikan yang boleh dilaksanak­an bagi membantu pesakit dan waris.

Katanya ahli lembaga hendaklah menyediaka­n laporan mengenainy­a selepas setiap lawatan dan membincang­kan dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat.

“Ahli lempaga juga dikehendak­i melibatkan diri dalam aktiviti hospital dengan komuniti seperti kempen menderma darah, kempen anti merokok dan sebagainya,” katanya.

Tambahnya, ahli lembaga boleh mengatur programpro­gram berkaitan untuk membantu hospital menjayakan program-program yang membina.

 ??  ?? BARISAN peneraju ALPH Labuan bagi sesi 2017-2019.
BARISAN peneraju ALPH Labuan bagi sesi 2017-2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia