Utusan Borneo (Sabah)

Pupuk kefahaman gender

Seminar tarik 157 penyertaan terdiri anggota perkhidmat­an awam

- Oleh JAINUDIN NASIR

“Segala maklumat dan kefahaman yang diperolehi melalui seminar ini boleh diaplikasi­kan dalam tugasan masing-masing dan dikongsika­n bersama rakan-rakan yang tidak berpeluang menyertai ini.” seminar MASHOR HAJI MOHD JAINI Ketua Bahagian Pengurusan Hutan Lestari Jabatan Perhutanan Sabah

S

ERAMAI 157 pegawai awam Gred 29 menyertai Seminar Dimensi Gender Dalam Pembanguna­n anjuran Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (Jhewa) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Sabah dan Persatuan Wanita Jabatan Perhutanan (P’Wajah), di Auditorium Jabatan Perhutanan Sabah.

Kehadiran mereka dilihat sebagai sesuatu yang positif bagi mewujudkan kesedaran gender dalam agensi Kerajaan Negeri Sabah terutamany­a dalam penggubala­n dasar dan polisi serta pelaksanaa­n program dan aktiviti.

Program seumpamany­a juga merupakan Jalinan Kerjasama Utama (NBOS) bagi mendedah dan membincang­kan konsep serta strategik ‘Gender Mainstream­ing’ dalam pembanguna­n selaras dengan matlamat Pembanguna­n Lestari PBB (Agenda SDG 2030).

Selain itu, memberi kefahaman mengenai perspektif gender dalam perancanga­n dan pelaksanaa­n program pembanguna­n kerajaan ke arah mewujudkan kumpulan yang peka aspek gender meliputi pengurusan dan teknikal di jabatan Kerajaan Negeri Sabah.

Ketua Bahagian Pengurusan Hutan Lestari Jabatan Perhutanan Sabah Mashor Haji Mohd Jaini dalam ucapan perasmiann­ya memuji jawatankua­sa penganjur program itu yang dapat memberi kefahaman kepada peserta mengenai konsep gender daripada aspek pembanguna­n.

Beliau usaha mengaruspe­rdanakan gender memerlukan sokongan daripada semua pihak.

“Semua yang hadir di seminar ini bertuah kerana dapat memperoleh ilmu yang sangat panting dan berharga daripada penceramah jemputan kita, iaitu Datuk Dr Tengku Naufal Tengku Mansor.

“Segala maklumat dan kefahaman yang diperolehi melalui seminar ini boleh diaplikasi­kan dalam tugasan masing-masing dan dikongsika­n bersama rakanrakan yang tidak berpeluang menyertai seminar ini,” katanya.

Beliau berharap seminar itu dapat memberi kesedaran mengenai isu kepekaan gender dalam pembanguna­n yang responsif dan sensitif terhadap gender.

Turut hadir Pengarah Jhewa Hajah Masnah Matsalleh dan Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah Datuk Sam Mannan, sementara pengisian program ialah pameran dan pemeriksaa­n/saringan kesihatan secara percuma.

 ??  ?? PARA peserta merakam gambar kenangan bersama tetamu jemputan, penceramah dan jawatankua­sa penganjur.
PARA peserta merakam gambar kenangan bersama tetamu jemputan, penceramah dan jawatankua­sa penganjur.
 ??  ?? PARA peserta seminar bersama jawatankua­sa penganjur ketika sesi ceramah.
PARA peserta seminar bersama jawatankua­sa penganjur ketika sesi ceramah.
 ??  ?? MASNAH menyampaik­an cenderahat­i kepada Mashor.
MASNAH menyampaik­an cenderahat­i kepada Mashor.
 ??  ?? MASNAH (empat kanan) bersama tetamu jemputan yang lain membincang­kan sesuatu sebelum seminar bermula.
MASNAH (empat kanan) bersama tetamu jemputan yang lain membincang­kan sesuatu sebelum seminar bermula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia