Utusan Borneo (Sabah)

Hari Raya ‘Menu Ala Dusun’ promosi masakan tradisi Dusun

-

TAMBUNAN: Hari Raya ‘Menu Ala Dusun’ Daerah Tambunan akan diadakan pada 19 Julai ini bermula jam 12 tengahari sehingga 5 petang di Pisompurua­n Square, di sini.

Pegawai Daerah Tambunan Thomas Logijin berkata Hari Raya Menu Ala Dusun Daerah Tambunan bertujuan mempromosi menu-menu serta masakan tradisi masyarakat Dusun.

“Ia merupakan salah satu acara dalam kalendar Tahun Melawat Tambunan 2017.

“Masakan disediakan oleh 24 penyedia menu daripada kampung-kampung Daerah Tambunan, agensi kerajaan, Persatuan Penjaja Bumiputera Tambunan, NGO dan Badan Dakwah Tambunan,” katanya ketika mempengeru­sikanMesyu­arat Jawatankua­sa Pelaksana Hari Raya Menu Ala Dusun, di sini.

Thomas berkata majlis perasmian dijangka disempurna­kan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Sementara itu, Penolong Pegawai Daerah Tambunan (Pembanguna­n) Jumain Abdul Ghani berkata majlis itu akan diserikan lagi dengan persembaha­n pentas oleh artis jemputan iaitu Elica Mentor Milenia, Kumpulan Fame Busker dan Kumpulan Bamboo Kundasang di samping pameran kraftangan, booth pelanconga­n, saringan kesihatan serta kempen derma darah.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahka­n Hari Raya yang julung-julung kali diadakan ini.

Turut hadir di mesyuarat itu, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Tambunan Jupirin Haji Ruhimin, Pegawai Tadbir Agama Jheains Tambunan Noor Jannah Rusinin dan ketua-ketua jabatan persekutua­n dan negeri Daerah Tambunan.

 ??  ?? THOMAS (duduk, tiga dari kiri) mempengeru­sikan mesyuarat akhir bersama Jumain (duduk, dua dari kiri) serta ahli Jawatankua­sa Pelaksana.
THOMAS (duduk, tiga dari kiri) mempengeru­sikan mesyuarat akhir bersama Jumain (duduk, dua dari kiri) serta ahli Jawatankua­sa Pelaksana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia