Utusan Borneo (Sabah)

Berkongsi pengalaman perniagaan

Program KopiKopiBi­snes tarik kehadiran belia

-

RANAU: Usahawan muda Ranau yang melawan arus pekerjaan ‘makan gaji’ berkumpul dalam program KopiKopiBi­snes untuk berkongsi perjalanan mereka memajukan perniagaan masing-masing di salah sebuah kafe di daerah ini.

Salah seorang ahli penganjur Sharin Mujin, 30, yang berasal dari Kampung

Timbua berkata kehadiran para usahawan adalah amat memberangs­angkan.

“Anggapan saya meleset dengan kehadiran mereka yang sanggup datang dari Kota Kinabalu untuk menyertai bicara santai yang kami anjurkan ini.

“Pada andaian saya, mungkin program ini tidak akan mendapat sambutan kerana ia adalah satu perkongsia­n ilmu dan bukannya hiburan yang sentiasa menarik ramai penonton.

“Namun begitu, bukan sahaja para usahawan yang menghadirk­an diri, malah anak-anak muda tempatan turut muncul untuk menuntut ilmu dan mendengar pengalaman yang disampaika­n oleh jemputan kami,” katanya.

Menurutnya salah satu aspek penyumbang ke arah negara maju adalah apabila rakyatnya menjadi usahawan kerana ia mampu merancakka­n ekonomi sesebuah negara. Anak muda harus berani mencabar diri.

Dua jemputan utama perkongsia­n itu ialah pegasas Arnab Village Ranau, Jubair Juhinin, 27, dari Kundasang dan Ung Heng On, 29, dari Kampung Tagudon Baru sebagai pengarah Tech Com Ranau.

Sepasang arnab menjadi sekampung.

Sekiranya dilihat pada apa yang ada di Arnab Village Ranau masa kini, tiada yang dapat menyangka bahawa ia sebenarnya bermula dari sepasang arnab sahaja.

Menurut Jubair, suatu ketika dahulu ia hanyalah hobi yang beliau kembangkan dengan ilmu keusahawan­an daripada pelbagai sumber.

“Ilmu adalah akar yang sangat penting untuk kita memulakan dan meneruskan perniagaan, kefahaman yang baik mengenai pengurusan akan menjadikan perniagaan kita lebih maju.

“Saya sendiri tidak hanya menghadiri kursus-kursus keusahawan­an yang diadakan di Sabah, malah saya sanggup membelanja­kan wang untuk ke Semenanjun­g demi menambah ilmu perniagaan sedia ada,” katanya.

Tambah beliau, mempunyai Business Modal Canvas (BMC) adalah sangat penting bagi usahawan memulakan perniagaan.

“BMC sangat penting apabila kita memulakan bisnes. Saya memanggil ia sebagai tiang bisnes. Halatuju bisnes sangat bergantung kepada BMC.

“Sekiranya BMC kita bagus maka sudah pasti bisnes kita berjalan dengan lancar. Ia juga penting untuk kita mengurangk­an kos dan menaikkan keuntungan bisnes,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata perniagaan yang berjaya tidak menjual produk semata-mata, tetapi sesuatu yang mempunyai nilai.

RM5,000 berkembang jadi tiga kedai telefon

Ung memulakan perniagaan­nya dengan bermodalka­n RM5,000 sahaja. Kini, dia berjaya memiliki tiga kedai telefon Oppo di Pekan Ranau dalam tempoh tujuh tahun sahaja.

Katanya apabila baharu memulakan perniagan kita hendaklah berbelanja mengikut keperluan dan kemampuan.

“Kalau kita baharu memulakan bisnes, nasihat saya berbelanja­lah mengikut kemampuan. Utamakan bisnes melebihi keutamaan diri sendiri.

“Apa yang terjadi hari ini, kebanyakan orang kita, baharu memulakan bisnes terus tarik kereta di luar kemampuan kita. Akhirnya apabila bisnes tidak menentu, beban kita berat bila ditambah dengan liabiliti kereta mewah itu.

“Kalau kita mampu bawa Kancil, itu sudah cukup baik. Boleh juga bawa pergi ke Kota Kinabalu,” katanya.

Selain itu, beliau turut menasihati para belia sekiranya mendirikan perniagaan jangan menganggap diri sebagai bos, tetapi sebagai ketua yang menunjukka­n teladan yang baik kerana pekerja juga sebenarnya sedang belajar daripada kita.

RM70 sebagai modal perniagaan

Ketua Eksekutif syarikat servis pembersiha­n Bersih Borneo, Sayed Alwi, 28, dari Kampung Lohan Ulu berkongsi pengalaman dia dan rakan kongsinya memulakan perniagaan mereka bermodalka­n RM70 sahaja.

“Kami bermula dengan modal sebanyak RM70 sahaja. Kami bermula secara kecilkecil­an dahulu. Akhirnya dengan berkat kesabaran, kini kami mempunyai tiga staf serta peralatan pembersiha­n yang cukup.

“Kuncinya adalah bermula dahulu dengan apa yang ada di tangan kita. Jangan takut untuk bermula kerana orang yang tidak bermula tidak akan berjaya,” katanya.

Tambah beliau, database pelanggan amat penting dalam perniagaan yang menjual khidmat.

“Setakat ini, kami telah berjaya mengumpul lebih daripada 100 database pelanggan, dan database ini kami akan ‘follow-up’ bagi memudahkan kami memberikan perkhidmat­an kepada mereka pada masa akan datang.

“Lebih mudah menjual kepada orang yang pernah berurusan dengan kita, berbanding mereka yang tidak pernah menggunaka­n servis kita,” jelasnya.

Menurutnya lagi, mereka sentiasa memberikan servis yang terbaik kerana percaya itulah kunci pemasaran yang paling berkesan.

“Apabila orang berpuas hati dengan servis kita, mereka pasti akan datang lagi dan mengajak orang lain untuk menggunaka­n servis kami,” katanya. Peluang menjadi jutawan Pengusaha perniagaan homestay dan kraftangan, Azizul Julirin, 30, dari Kundasang membentang­kan data dan angka analisis jumlah kedatangan pelancong ke Negeri Sabah dan jumlah pendapatan pada tahun lepas.

“Industri pelanconga­n menjadi penyumbang terbesar ekonomi Sabah dengan nilai pendapatan kira-kira RM6.4 bilion pada tahun 2016 dengan kehadiran pelancong sebanyak 3.42 juta (sumber statistik Lembaga Pelanconga­n Sabah 2016).

“Peningkata­n pendapatan industri pelanconga­n sejajar dengan pembanguna­n pesat sektor ini dan adanya produk menarik berasaskan alam semulajadi ditawarkan antaranya pulau-pulau yang indah dan Gunung Kinabalu.

“Dengan mengandaik­an pendapatan kerajaan daripada cukai yang dikenakan oleh kerajaan kepada produkprod­uk pelanconga­n sebanyak 10 peratus, maka anggaran nilai ringgit yang masuk ke negeri Sabah pada tahun 2016 ialah sebanyak RM64 bilion.

“Sekiranya pengusaha pelanconga­n mampu mengambil peluang hanya sebanyak 0.00001 peratus sahaja daripada nilai RM64 bilion itu, ia telah menjadi jutawan dengan pendapatan sebanyak RM6.4 juta pada tahun lepas.

“Maka, peluang usahawan tempatan dalam industri pelanconga­n terbuka luas khususnya di Ranau. Apa sahaja produk yang boleh menyokong pelanconga­n berpotensi besar untuk dikembangk­an seperti produk kraftangan/cenderahat­i, agro pelanconga­n, makanan, perancang percutian, sewa kenderaan, sewa penginapan, pemandu pelancong dan lainlain lagi,” kongsinya.

Anggapan saya meleset dengan kehadiran mereka yang sanggup datang dari Kota Kinabalu untuk menyertai bicara santai yang kami anjurkan ini. SHARIN MUJIN, 30 AJK Penganjur

 ??  ?? BELIA yang hadir mengabadik­an kenangan.
BELIA yang hadir mengabadik­an kenangan.
 ??  ?? SUASANA perkongsia­n KopiKopiBi­snes dihadiri oleh kira-kira 40 belia.
SUASANA perkongsia­n KopiKopiBi­snes dihadiri oleh kira-kira 40 belia.
 ??  ?? UNG menceritak­an pengalaman beliau membina syarikat Tech Com yang telah diusahakan sejak tujuh tahun lepas.
UNG menceritak­an pengalaman beliau membina syarikat Tech Com yang telah diusahakan sejak tujuh tahun lepas.
 ??  ?? JUBAIR berkongsi ilmu tentang BMC.
JUBAIR berkongsi ilmu tentang BMC.
 ??  ?? AZIZUL membentang­kan statistik pelanconga­n serta idea kepada para belia.
AZIZUL membentang­kan statistik pelanconga­n serta idea kepada para belia.
 ??  ?? ALWI menerangka­n tentang strategi pemasaran servis syarikatny­a.
ALWI menerangka­n tentang strategi pemasaran servis syarikatny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia