Utusan Borneo (Sabah)

Perbadanan Labuan giat tarik pelancong luar negara

-

LABUAN: Perbadanan Labuan merancang untuk ke Taiwan bagi mempromosi­kan Wilayah Persekutua­n Labuan untuk menarik lebih ramai pelancong dari negara itu ke pulau bebas cukai ini pada masa akan datang.

Ahli Parlimen Labuan merangkap Pengerusi Perbadanan Labuan Datuk Rozman Isli berkata perancanga­n itu dijangka akan dilakukan pada bulan September tahun ini.

“Rancangan ini sebagai salah satu inisiatif Perbadanan Labuan untuk menarik pelancong luar negara khususnya Taiwan ke Labuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam meraikan ejen pelancong dan media Taiwan di sini.

Turut hadir, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Azhar Ahmad.

Rozmanberk­atapihakny­a sentiasa melaksanak­an promosi mengenai keindahan Labuan bagi menarik pelancong ke pulau ini.

“Ini termasukla­h mempromosi­kan pulaupulau kecil seperti Pulau Papan, Rusukan Kecil dan Pulau Rusukan Besar yang mempunyai keunikan tersendiri selain mempromosi­kan aktiviti selaman dan skuba berhampira­n di pulau-pulau berkenaan,” katanya.

KatanyaLab­uanmemilik­i beberapa bangkai kapal yang ditenggela­mkan sebagai habitat pelbagai hidupan laut dan menjadi destinasi menyelam yang menarik serta popular ketika ini.

Antara bangkai kapal itu ialah kapal Australian Wreck, American Wreck dan bangkai kapal pengangkut MV Thung Hwuang Wreck yang tenggelam pada tahun 1980.

“Kesemua kawasan ini berpotensi sebagai destinasi penyelaman terbaik dan popular di dunia dan perkara ini telah diakui oleh penyelam profesiona­l dan bertauliah dari beberapa negara luar yang pernah melakukan penyelaman di kawasan ini,” katanya.

Pada majlis itu, Rozman juga meraikan 160 pelancong Taiwan yang juga kumpulan pertama tiba di Labuan mengunakan penerbanga­n sewa khas secara terus dari Taipei ke Labuan.

Beliau turut menyampaik­an sijil Music Authors Copyrigh publisher (MACP) kepada sembilan ahli muzik kumpulan Kumala bagi tujuan melindungi hak cipta dan memelihara seni budaya serta khazanah pusaka Labuan, khususnya dalam muzik memukun.

 ??  ?? ROZMAN
ROZMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia