Utusan Borneo (Sabah)

Aktiviti pengesanan kes giat kesan kes belum datang dapatkan suntikan vaksin

-

KUCHING: Aktiviti pengesanan kes secara aktif yang merekodkan 225 kes gigitan anjing dalam radius 10 kilometer dari kawasan wabak di Serian, terus giat mengesan kes-kes yang belum datang mendapatka­n suntikan vaksin bagi mencegah penularan penyakit anjing gila atau rabies itu.

Menurut kenyataan daripada sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), semua kes gigitan anjing di Kampung Lebor, Kampung Paon Rimu Bakung dan Kampung Seroban yang layak menerima vaksin, diberi suntikan.

“Secara keseluruha­nnya sebanyak 188 kes telah diberi vaksin. Pasukan kesihatan sedang berusaha mengesan kes-kes yang belum datang untuk mendapatka­n suntikan vaksin,” katanya.

Sehingga jam 3 petang Rabu, terdapat empat kes positif dengan dua kematian, di mana kes ketiga dan keempat masih berada dalam keadaan yang kritikal dan tenat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Umum Sarawak.

Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (DVS) dalam kenyataan sama menyatakan bahawa pihaknya setakat ini memvaksin 1,530 haiwan peliharaan di 11 kampung terlibat dalam wabak itu.

Lokasi-lokasinya adalah Kampung Krait, Kampung Paon Rimu, Kampung Paon Rimu Bakung, Kampung Remun, Kampung Lebor, Kampung Empasa, Kampung Tong Nibong, Kampung Ampungan, Kampung Seroban, Kampung Sibangkoi dan Kampung Tangga Pulau Tamba (Cina).

Berdasarka­n statistik disediakan, sebanyak 346 anjing, 1,168 kucing dan 16 haiwan lain telah menerima vaksin.

DVS juga mengadakan 56 kempen kesedaran mengenai wabak rabies di kawasan terlibat yang dihadiri 3,097 penduduk kampung.

Operasi pemvaksina­n dan kempen kesedaran mengenai wabak rabies telah dilakukan DVS dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan lain, NGO dan sokongan daripada kampung yang terlibat.

Persatuan Veterinar Sarawak (SVA) dan Persatuan Pencegahan Penganiaya­an terhadap Haiwan (SSPCA) turut dipanggil oleh Pengerusi JPBN Datuk Amar Douglas Uggah Embas di pejabatnya pada 12 Julai lalu untuk membincang langkah-langkah sesuai bagi mengawal wabak itu

Pengoperas­ian ini akan diteruskan di semua kampung dalam kawasan yang terlibat dengan wabak rabies.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia