Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak berperanan penting dalam pertumbuha­n Petronas

-

MIRI: Sarawak memainkan peranan amat penting dalam pertumbuha­n syarikat minyak gergasi negara, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) khususnya dalam eksplorasi dan pengeluara­n (E&P).

Ketua SK-Oil, Petronas Carigali, Operasi Sarawak (SKO) Anuar Ismail berkata bermula sebagai sebuah syarikat minyak yang kecil di Lutong, Miri pada awal 1970-an, hari ini, Petronas Carigali Miri mempunyai lebih daripada 1,500 pekerja, dengan 16 bidang pengeluara­n, dua terminal dan tujuh bidang pembanguna­n.

“Selama bertahun-tahun, Petronas terus berkembang dan memberikan nilai tinggi dalam kemajuan teknologi,” katanya semasa berucap pada Majlis Ramah-Tamah Adilfitri anjuran Petronas 2017 berlangsun­g di sebuah hotel terkemuka di sini, malam Khamis.

Seiring dengan pembanguna­n Petronas pada tahun lalu mencipta sejarah dalam industri minyak dan gas, apabila kemudahan pembanguna­n fasiliti gas asli dan cecair (LNG) Terapung (PFLNG 1) daripada Lapangan Gas Kanowit di Sarawak, iaitu yang pertama seumpamany­a di dunia, mencatatka­n pengeluara­n gas pertamanya.

“Kami mencapai gas pertama untuk PFLNG1 pada November lalu, di Lapangan Gas Kanowit, yang terletak kira-kira 180km nautika dari luar pantai negeri Sarawak.

“Petronas bukan baharu di Sarawak dan negeri ini telah memainkan peranan penting dalam pertumbuha­n Petronas dan mula aktif dalam E&P pada 1978 apabila Petronas Carigali diperbadan­kan.

“Loji LNG pertama kami beroperasi pada 1983 di Bintulu dan kini telah berkembang menjadi salah sebuah kompleks LNG terbesar di dunia, yang beroperasi di satu lokasi,” tambahnya.

Menurut beliau lagi, Petronas mempunyai rangkaian stesen petrolnya yang pertama di Kuching sekitar tahun 1980-an dan hari ini ia mempunyai 89 stesen yang dikendalik­an oleh rakyat tempatan termasuk di kawasan terpencil di Sarawak.

Tambahnya lagi, sebagai entiti korporat, Petronas komited untuk menyumbang kepada masyarakat, seperti yang dihargai dalam misi syarikat iaitu, ‘Objektif kami ialah untuk menyumbang kepada kesejahter­aan rakyat dan negara’.

Justeru rakyat katanya, sentiasa menjadi keutamaan Petronas dan pada bulan lepas di Kuching, Petronas telah meraikan pencapaian cemerlang pelajar Sarawak dalam akademik dan layak menerima tajaan daripada Petronas.

Tajaan biasiswa itu diberikan kepada 46 pelajar lepasan sekolah menengah yang mencapai keputusan cemerlang dalam SPM di bawah Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP), 25 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) untuk mengikuti Program Sentuhan Ilmu Petronas (PSIP) dan 82 pelatih terpilih menjalani latihan teknikal di bawah Program Bantuan Penajaan dan Latihan Institusi (VISTA).

Sementara itu, kira-kira 3,000 orangterdi­ridaripada­kakitangan Petronas serta ahli keluarga mereka, pegawai dan wakil jabatan kerajaan dan swasta serta ketua masyarakat dan kaum di Miri, memeriahka­n majlis ramah-tamah itu yang turut diselitkan dengan persembaha­n kebudayaan dan nyanyian.

 ??  ?? SEBASTIAN (tiga kanan) menyampaik­an duit raya kepada salah seorang kanak-kanak daripada RAAKK sambil disaksikan Anuar (dua kanan).
SEBASTIAN (tiga kanan) menyampaik­an duit raya kepada salah seorang kanak-kanak daripada RAAKK sambil disaksikan Anuar (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia