Utusan Borneo (Sabah)

Curi kabel semakin berleluasa di Miri

-

MIRI: Tujuh kes kecurian kabel di substesen Sarawak Energy Berhad (SEB) di sini dikesan pada 11 Julai lalu, kata Pengurus Wilayah Utara SEB Ir Tan Joo Kok.

Jelasnya, daripada jumlah itu, lima kes dilapor di Senadin dalam lingkungan masa antara 8.30 malam hingga 12 tengah malam manakala satu pusat bandar raya Miri dan bakinya di Desa Bahagia Permyjaya.

“Kes kecurian kabel semakin berleluasa bermula minggu lepas dan Selasa lepas, ia merupakan jumlah paling teruk dengan tujuh kes.

“Kami memerlukan kerjasama orang awam melaporkan serta-merta sebarang perubahan tidak normal pada sumber elektrik dan cahaya lampu di rumah.

“Sekiranya lampu dan kipas berfungsi dalam keadaan luar biasa, segera matikan perkakas elektrik sebelum rosak.

“Maklumkan kepada kami segera kerana ini tanda kabel dipotong,” katanya kepada Utusan Borneo semasa dihubungi semalam.

Tan berkata orang awam mempunyai maklumat atau terjejas ekoran kecurian kabel, sila hubungi SEB Care Centre di talian 1-300-88-3111 agar pihak polis bantuan SEB dan polis dapat menangkap penjenayah tersebut dengan kadar segera.

“Selain menghubung­i SEB Care Centre, orang awam juga boleh membuat aduan melalui aplikasi telefon ‘SEB Cares’ yang boleh dimuat turun di Apple’s App Store untuk iOS dan Google Play Store untuk pengguna Android.

“Kerjasama orang awam berterusan diperlu untuk membantu memantau dan menghalang penceroboh­an 1,000 substesen di Miri,” katanya.

Di samping itu, Tan menjelaska­n SEB terpaksa menanggung kerugian besar akibat tindakan orang tidak bertanggun­gjawab mencuri kabel elektrik.

“Sebagai contoh, sehingga 31 Meitahunin­i,SEBmenangg­ung kerugian sehingga RM500,000 melibatkan hanya kos pembaikpul­ihan semula elektrik.

“SEB merancang pelbagai cara membantera­s kecurian kabel antaranya memasang sistem pengawasan jauh, yang mana masih dibuat di kawasan Kuala Baram,” katanya.

 ??  ?? SALAH sebuah substesen yang dirosakkan oleh orang yang tidak bertanggun­gjawab.
SALAH sebuah substesen yang dirosakkan oleh orang yang tidak bertanggun­gjawab.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia