Utusan Borneo (Sabah)

Program dermasiswa Bakti Parlimen Papar

-

PROGRAM Anak Angkat Bakti (Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri) di Parlimen Papar telah diadakan sejak tahun 1995 hingga kini.

Ia telah memberi bantuan kepada para pelajar sekolah menengah sekitar daerah ini selama dua tahun menerusi jawatankua­sa dermasiswa Bakti.

Matlamat program adalah untuk membantu pelajar tingkatan 4 dan 5 yang cemerlang daripada keluarga kurang berkemampu­an dan berpendapa­tan rendah. Ibu angkat Bakti Parlimen Papar adalah Datin Seri Noredah Majampi, manakala penyelaras ialah Richemjan Khan Bahadar.

Majlis penyerahan dermasiwa Bakti bayaran pertama untuk 10 pelajar Tingkatan 4 telah disempurna­kan oleh Pembantu Menteri Pembanguna­n Infratrukt­ur Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar yang juga Adun Kawang.

Majlis itu telah diadakan di rumah kediaman beliau di Kampung Dambai, Pengalat Besar pada Rabu semasa Program Dermasiswa Bakti Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Papar.

Dalam ucapannya, Ghulam berkata ibu bapa harus mengutamak­an pendidikan anak-anak mereka dalam usaha melahirkan generasi baharu yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

“Ibu bapa harus menekankan kepentinga­n pendidikan di dalam jiwa anak-anak mereka sejak dari awal lagi,” katanya.

Tambahnya. ibu bapa juga tidak harus leka tetapi memastikan anak-anak mereka sentiasa mengulangk­aji pelajaran dan belajar dengan bersungguh-sungguh.

Beliau mengucapka­n tahniah kepada perlajar yang terpilih menerima bantuan kerajaan dan meminta mereka memanfaatk­annya untuk membeli keperluan persekolah­an.

“Saya menyeru kepada para ibu bapa agar memberi sedikit tunjuk ajar dalam membantu anak mereka menghadapi peperiksaa­n. Kita tidak mahu melihat kegagalan anak kita tetapi ingin merasa bangga sekiranya mereka memperoleh­i keputusan yang cemerlang,” katanya.

Ghulam berkata ibu bapa juga harus memberikan pendidikan seimbang kepada anak-anak mereka bagi membentuk insan yang cemerlang dari semua aspek.

“Pendidikan seimbang dalam bidang agama dan akademik harus diutamakan dalam kehidupan anak-anak kita,’’ katanya.

Ia kerana, jelasnya, dengan adanya pendidikan sempurna dan seimbang, bukan sahaja dapat mewujudkan kecemerlan­gan pendidikan malah kecemerlan­gan akhlak anak-anak.

Para penerima dermasiswa Bakti sesi Mac 2017 Tingkatan 5 terdiri daripada Awg Mohd Ridhwan, Alnez Azuren, Evi Farhana, Mohd Saufie, Nina Alisa, Nursyuhada­h Aiddie, Zainul Arifin, Christie Albert, Norhafeeza­h dan Mohd Tarmizi.

Manakala sesi Julai 2017 Tingkatan 4 pula ialah Fauzyana Razali, Zusnidah Andas, Nurasidah Roslan, Nurul Ramizah Abd Razak, Faridatul Amirah, Anna Karrennina, Nurazura Sofri, Hazimah Salim dan Ahmad Wafidan Nazirul Haziq Saiful.

 ??  ?? GHULAM bergambar kenangan bersama pelajar yang menerima dermasiswa Bakti.
GHULAM bergambar kenangan bersama pelajar yang menerima dermasiswa Bakti.
 ??  ?? SEBAHAGIAN penerima dermasiswa Bakti.
SEBAHAGIAN penerima dermasiswa Bakti.
 ??  ?? GHULAM menyampaik­an dermasiswa Bakti kepada salah seorang pelajar.
GHULAM menyampaik­an dermasiswa Bakti kepada salah seorang pelajar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia