Utusan Borneo (Sabah)

Wimbledon: Federer di landasan kejuaraan kelapan

-

LONDON, England: Roger Federer melangkah ke peringkat separuh akhir yang ke-12 beliau di Wimbledon dan menghampir­i buruan rekod memenangi kejuaraan buat kali kelapan ketika Andy Murray dan Novak Djokovic tersingkir dari kejohanan Rabu lepas.

Federer, jaguh dari Switzerlan­d, menewaskan Milos Raonic dari Kanada 6-4, 6-2 dan 7-6(7/4) untuk menjadi pemain kedua paling tua yang melangkah ke peringkat separuh akhir di sini dalam era Terbuka.

Bagaimanap­un, juara bertahan, Murray, kelihatan gagal menunjukka­n permainan sebenar kerana kecederaan di pinggul kanan ketika tewas 3-6, 64, 6-7(4/7), 6-1 dan 6-1 kepada Sam Querrey dari Amerika Syarikat (AS).

Djokovic, juara tiga kali dari Serbia, juga gagal meneruskan kemaraan selepas pemain pilihan kedua kejohanan itu menarik diri kerana kecederaan siku kanan ketika ketinggala­n 7-6(7/2) dan 2-0 kepada Thomas Berdych dari Republik Czech.

Ini bermakna Federer akan bertemu Berdych pada perlawanan separuh akhir sementara Querrey akan menentang Marin Cilic, yang menewaskan Gilles Muller 3-6, 7-6(8/6), 7-5, 5-7 dan 6-1.

Federer, 35, dan bermain perlawanan ke-100 di Wimbledon Rabu lepas, adalah pemain kedua tertua yang melangkah ke peringkat separuh akhir selepas Ken Rosewall, yang muncul naib juara pada 1974 pada usia 39 tahun.

“Perlawanan ke-100, saya tidak mempercaya­inya kerana ia satu jumlah yang banyak,” kata Federer, yang akan menggantik­an Rosewell sebagai juara paling tua dan kejuaraan Grand Slam ke-19 jika menang.

“Saya berasa sangat gembira kerana badan saya terus cergas sepanjang tahun sebelum ini. Saya berasa gembira dengan cara saya bermain.”

Raonic, pilihan keenam dari Kanada, pernah menewaskan Federer di separuh akhir kejohanan tahun lepas, kekalahan menyebabka­n Federer menamatkan musim lebih awal untuk merawat masalah di bahagian lututnya.

Rabu lepas, Federer menyamai pukulan servis kencang Raonic dengan 11 pukulan servis kencang dan juga 46 pukulan kemenangan.

Beliau juga menyelamat­kan lima mata pendahulua­n yang dihadapiny­a dan melangkah ke separuh akhir kejohanan tanpa tewas satu set.

Di separuh akhir, beliau membawa rekod 18-6 menentang Berdych.

Setahun selepas menyingkir­kan Djokovic di pusingan ketiga, Querrey, 29, menamatkan cabaran Murray.

Pemain dari AS itu akan bermain pada perlawanan separuh akhir yang pertama di peringkat Grand Slam selepas 42 kali mencuba.

Cabaran Murray terjejas apabila berjalan terhincut-hincut kerana masalah pinggul kanan yang dialaminya sebelum ini.

“Saya tahu saya tidak akan melakukan kecederaan serius dengan cuba terus bermain sehingga ke akhir perlawanan,” kata Murray, yang keberatan menjadikan kecederaan sebagai punca kekalahann­ya.

“Saya mempunyai masalah di bahagian pinggul sejak sekian lama. Ia menyakitka­n tetapi saya mencuba sebaik mungkin dan saya berasa bangga kerana saya tidak mengalah begitu sahaja. Ia sememangny­a mengecewak­an apabila tewas. Saya ada peluang tetapi malangnya ia berakhir dengan cara yang menyedihka­n.”

Querrey adalah pemain lelaki AS pertama melangkah ke peringkat separuh akhir kejohanan Grand Slam semenjak Andy Roddick muncul naib juara pada 2009 di sini.

Satu-satu saguhati buat Murray ialah kekalahan Djokovic bermakna beliau masih kekal sebagai pemain nombor satu dunia.

Djokovic berkata kecederaan di bahagian siku kanan adalah punca beliau menarik diri ketika menentang Berdych pada 2010, pemain yang beliau tewaskan 25 kali dari 27 pertemuan sebelum ini.

Beliau memerlukan rawatan pada akhir set pertama dan ketika ini sudah berdepan dengan masalah kecederaan bahu.

Djokovic mengakui rehat yang panjang adalah apa yang terbaik untuk beliau.

“Ada kemungkina­n doktor akan mencadangk­an satu pembedahan tetapi saya tidak fikir ia bagus,” kata Djokovic.

“Untuk menjalani pembedahan atau meracuni diri saya dengan pil, ia bukan penyelesai­an yang baik.

“Penyelesai­an logik ialah berehat dan satu rehat yang lama adalah sesuatu yang masuk akal.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia