Utusan Borneo (Sabah)

Kembali bertarung menentang Pacquiao satusatuny­a cara padam kontrovers­i: Horn

-

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS): Peninju dari Australia, Jeff Horn, tidak mempunyai keraguan di mana beliau selayaknya menang ketika menentang Manny Pacquiao tetapi percaya hanya perlawanan ulangan menentang peninju sensasi dari Filipina itu akan menamatkan segala kontrovers­i.

Horn mengejutka­n Pacquiao berdasarka­n mata dalam 12 pertarunga­n di Brisbane pada 2 Julai, satu pertanding­an yang membangkit­kan kontrovers­i di Filipina.

Organisasi Tinju Dunia (WBO) bertindak untuk menamatkan sebarang kontrovers­i dengan melakukan perkiraan semula mata dengan diadili oleh beberapa pengadil dari beberapa negara – yang masih mendapati Horn menang dalam tujuh pusingan berbanding lima oleh Pacquiao.

Horn, 29, memberitah­u wartawan di Los Angeles di mana beliau mengalu-alukan semakan WBO walaupun jika beliau sememangny­a berasa yakin dengan kemenangan itu.

“Jika keputusan berkata saya tidak menang, saya masih tetap merasakan saya menang,” kata bekas guru sekolah itu. “Tetapi dengan mereka (WBO) berkata saya menang ketika ramai orang meraguinya, ia sememangny­a memberikan satu kepuasan dan kelegaan kepada saya.

“Saya merasakan saya telah mempertaha­nkan kejuaraan saya dan saya baharu memenangin­ya selama seminggu.”

Bagaimanap­un, Horn menyedari satu-satu cara untuk memadam kontrovers­i itu ialah dengan kembali bertarung menentang Pacquiao.

“Saya merasakan ia harus ditamatkan dan saya sememangny­a menang kerana saya memperoleh­i mata yang lebih banyak dalam perkiraan semula,” kata beliau ketika memberitah­u AFP.

“Tetapi orang akan sentiasa memberikan pandangan mereka sendiri dan anda tidak akan dapat mengubahny­a. Jadi saya fikir satu-satu cara untuk dapat mengubahny­a ialah dengan satu pertarunga­n ulangan dan saya fikir saya masih mampu melaku- kannya lebih baik pada pertarunga­n kedua.”

Pacquiao, yang mempunyai pilihan untuk pertarunga­n semula, ada membayangk­an di mana beliau merancang untuk meneruskan kerjaya dalam sukan tinju tetapi belum lagi menyuaraka­n hasratnya kepada promoter veteran, Bob Arum.

Rum memberitah­u AFP di mana beliau percaya Pacquiao agak keberatan untuk bersara selepas kekalahan kepada Horn.

“Saya masuk ke bilik (persalinan) selepas pertarunga­n dan saya memberitah­unya untuk tidak membuat sebarang keputusan dalam beberapa minggu,” kata Arum. “Saya fikir beliau tidak mahu bersara selepas tewas.”

Arum juga berkata sebarang perlawanan ulangan di Australia mungkin akan berlangsun­g pada bulan November, dengan Stadium Docklands di Melbourne berkemungk­inan venue pilihan. — AFP

 ??  ?? MOHD Hazan (baju Melayu) bersama tetamu menunjukka­n countdown Hari Sukan Negara 2017. Turut kelihatan Rithuan (dua kanan), Fadzillah (kanan), Mohd Alias (tiga kanan) dan Norsiah (lima kiri).
MOHD Hazan (baju Melayu) bersama tetamu menunjukka­n countdown Hari Sukan Negara 2017. Turut kelihatan Rithuan (dua kanan), Fadzillah (kanan), Mohd Alias (tiga kanan) dan Norsiah (lima kiri).
 ?? — Gambar Reuters ?? TUMBUKAN padu Horn (kiri) hinggap tepat di dagu Pacquiao ketika beraksi pada pertarunga­n di Brisbane, Australia pada 2 Julai lepas.
— Gambar Reuters TUMBUKAN padu Horn (kiri) hinggap tepat di dagu Pacquiao ketika beraksi pada pertarunga­n di Brisbane, Australia pada 2 Julai lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia