Utusan Borneo (Sabah)

Prospek ‘mencipta sejarah’ faktor utama Alves sertai PSG

-

PARIS, Perancis: Pemain pertahanan, Dani Alves, mengakui prospek ‘mencipta sejarah’ dengan memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara bersama Paris Saint Germain (PSG) adalah faktor utama dalam keputusann­ya untuk memilih kelab Ligue 1 Perancis itu sebagai destinasin­ya.

Alves diperkenal­kan sebagai pembelian kedua PSG pada penutup musim Rabu lepas untuk kontrak dua tahun dan tanpa yuran perpindaha­n selepas dilepaskan oleh Juventus bulan lepas.

Pemain berusia 34 tahun itu memenangi tiga kejuaraan Liga Juara-Juara dan enam kejuaraan La Liga Sepanyol di Barcelona, di mana bekas pengurus Barca, Pep Guardiola, ada cuba memujuk Alves untuk menyertain­ya di Manchester City.

Tetapi pemain pertahanan kanan itu menolak peluang untuk bekerjasam­a semula dengan Guardiola selepas PSG menawarkan Alves kontrak bernilai 14 juta euro setahun, menurut laporan di Perancis, dua kali ganda apa yang sedia dibayar City.

“Saya tidak hanya mempunyai minat dari Manchester City tetapi kelab lain di England juga,” kata Alves.

“Saya mempunyai rakan di sana (Paris), isteri saya menyukai bandar raya itu dan kerana itulah saya mengubah fikiran saya.

“Jika Guardiola berasa tertipu, saya meminta maaf. Jika Manchester City berasa jengkel, saya juga minta maaf tetapi saya mengambil tanggungja­wab ini.”

Alves lulus ujian perubatan di Paris sebelum diperkenal­kan kepada media dalam satu sidang media, sebelum bergambar dengan jersi dengan nombor 23.

Beliau meninggalk­an Juventus dua minggu yang lepas setelah membantu kelab memenangi kejuaraan berganda Serie A dan Piala Itali selain melangkah ke final Liga Juara-Juara musim lepas.

“Sasaran kami ialah memenangi Liga Juara-Juara, kami membentuk skuad yang kuat ketika ini,” kata Alves.

“Saya mahu mencipta sejarah dan kelab ini masih belum memenangi kejuaraan Eropah. Saya mahukan sasaran yang besar, sasaran istimewa dan kerana itulah kenapa saya berada di sini.”

Alves pernah memenangi Piala UEFA (format lama Liga Europa) sebanyak dua kali bersama Sevilla sebelum kemudian memenangi 23 kejuaraan sepanjang lapan tahun di Barcelona.

“Percayalah, saya datang ke sini untuk memenangi kejuaraan,” tambah beliau. “Kelab ini sudah berkembang dengan mendadak dan saya berasa gembira untuk datang ke sini.” - AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? ALVES dan Al-Khelaifi bergambar bersama jersi kelab ketika menghadiri sidang media di Parc des Princes, Paris pada Khamis.
— Gambar Reuters ALVES dan Al-Khelaifi bergambar bersama jersi kelab ketika menghadiri sidang media di Parc des Princes, Paris pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia