Utusan Borneo (Sabah)

Taman Hidupan Liar Lok Kawi pusat didik generasi muda

Taman Hidupan Liar Lok Kawi

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

B

ERMULA sebagai pusat menyelamat, Taman Hidupan Liar Lok Kawi kini berperanan sebagai pusat untuk mendidik generasi muda tentang kepentinga­n pemulihara­an hidupan liar.

Taman yang ditubuhkan atas inisiatif Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar ini dikendalik­an oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL).

Pegawai Penguasa Taman Hidupan Liar Lok Kawi Dr Symporosa Sipangkui berkata disebabkan peranan taman itu sudah bertukar maka keutamaan masa kini perlu mengambil kira tentang apa yang dimahukan pengunjung.

Berikutan itu, penyelengg­araan dilaksanak­an setiap tahun bagi memastikan haiwan yang ditempatka­n di taman hidupan liar ini berada dalam keadaan baik dan selesa.

Pengunjung diberi peluang melihat secara langsung proses memberi makan haiwan mengikut tempoh masa tertentu. Misalnya, gajah borneo akan diberi makan pada jam 10.20 pagi manakala, harimau malaya pula pada 2.05 petang.

‘Animal Feeding Session’ memberi ruang kepada pengunjung melihat bagaimana haiwan di sini diberi makan.

Selain itu, persembaha­n haiwan juga diadakan pada jam 11.15 pagi dan 3.15 petang setiap hari kecuali Jumaat.

Aktiviti sebegini membolehka­n pengunjung mengenali dengan lebih dekat lagi tentag habitat yang berada di sini.

Untuk warganegar­a Malaysia, bayaran masuk ke taman ini adalah RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak. Bagi bukan warganegar­a pula, bayaran masuk mereka adalah RM20 (dewasa) dan RM10 (kanak-kanak).

Khas buat warga emas berusia 60 tahun dan ke atas serta orang kelainan upaya pula tidak dikenakan sebarang bayaran (masuk percuma).

“Kita juga membenarka­n kemasukan percuma untuk lawatan sekolah kerana kita ingin memberi didikan dan pendedahan kepada pelajar tentang kepentinga­n pemulihara­an hidupan liar, terutama spesies yang boleh ditemui di Sabah,” kata Symporosa.

Sehingga kini, terdapat lebih 80 spesies haiwan yang ditempatka­n di taman ini termasuk 30 spesies mamalia, 45 spesies burung dan 13 spesies reptilia.

Beliau berkata, daripada kawasan seluas 280 ekar, hanya 70 ekar sahaja kawasan taman boleh digunakan untuk menempatka­n haiwan. Kawasan selebihnya tidak sesuai kerana berbukit.

Atas sebab itu, haiwan yang boleh ditempatka­n di situ agak terhad. Jika dilihat jumlah spesies mamalia bersaiz besar seperti gajah Borneo, ia sudah melebihi kapasiti. Spesies haiwan yang kecil masih boleh diterima.

 ??  ??
 ??  ?? ORANG Utan yang berada di taman ini semuanya diselamatk­an daripada pemilik tidak berlesen. GAJAH Borneo yang diselamatk­an dan ditempatka­n di sini. BERUANG Madu antara spesies mamalia yang ada di Taman Hidupan Liar Lok Kawi.
ORANG Utan yang berada di taman ini semuanya diselamatk­an daripada pemilik tidak berlesen. GAJAH Borneo yang diselamatk­an dan ditempatka­n di sini. BERUANG Madu antara spesies mamalia yang ada di Taman Hidupan Liar Lok Kawi.
 ??  ?? SYMPOROSA
SYMPOROSA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia