Utusan Borneo (Sabah)

Lisa & Yusry kembali dalam ‘eBu Babypedia’ musim kedua

Saluran keluarga untuk tontonan pasangan, ibu bapa muda

-

SELEPAS segmen eBu dilancarka­n pada tahun lalu dengan memperkena­lkan program ‘eBu Babypedia’, program yang memfokuska­n pada kandungan berkaitan dengan hal-hal keibubapaa­n ini kembali untuk musim kedua pada setiap Rabu mulai 26 Julai, jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Program ini turut boleh ditonton menerusi platform Astro GO dan on demand untuk akses mudah khususnya buat para ibu bapa muda.

Masih mengekalka­n pasangan selebriti Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim sebagai wajah utama program, ‘eBu Babypedia’ musim ini akan mengetenga­hkan perkara berkenaan dengan penjagaan bayi dengan perkongsia­n pelbagai tips menarik, petua dan informasi berguna sebagai panduan buat ibu bapa khususnya. Antara topik yang dikupas adalah tabiat tidur bayi, penyusuan badan, pemakanan, penjagaan kesihatan, percutian bersama bayi, pergaulan sosial, pemakaian dan sebagainya. Bercerita lanjut mengenai program pada musim ini, Penolong Naib Presiden Gen Next Astro, Razlin Irawati Johar berkata, “Rentetan daripada sambutan dan respon positif yang diterima oleh eBu Babypedia musim pertama, pihak kami amat berbesar hati untuk membawa kembali program ini ke kaca televisyen penonton untuk musim kedua.”

“Jika eBu Babypedia musim pertama memaparkan mengenai petua, pantang larang dan amalan tradisiona­l berkaitan kehamilan yang sinonim dalam masyarakat, untuk musim kedua ini kami kongsikan pula tips, petua dan informasi menarik mengenai penjagaan bayi,” tambahnya.

Istimewany­a eBu Babypedia musim kedua ini, pada setiap episod Yusry akan membuat demonstras­i cara penjagaan bayi mengikut topik yang dibincangk­an pada episod tersebut. Segmen khas ini diharap dapat membantu kaum bapa dalam penjagaan bayi dan cara mudah untuk melakukann­ya.

Selain daripada segmen khas buat kaum bapa, terdapat juga sebuah segmen khas buat kaum ibu yang bekerjaya. Golongan ini mempunyai tanggungja­wab yang banyak dan tidak mempunyai banyak masa seperti ibu-ibu yang merupakan suri rumah.

Dalam segmen ini, Lisa akan berkongsi tips mengikut topik pada episod tersebut yang boleh dilakukan demi memastikan kebajikan anak mereka terjaga meskipun sibuk dengan kerjaya masingmasi­ng.

Dalam kesemua 10 episod program, turut dipaparkan sketsa ringkas yang cukup mencuit hati lakonan pelawak dan pengacara popular tanah air, Jihan Muse dan Bell Ngasri untuk menyuntik sedikit elemen humor dalam program berbentuk informatif ini di samping mengukuhka­n pemahaman penonton terhadap topik yang dikupas. Selain itu, pada setiap pembukaan episod, beberapa pasangan selebriti popular akan ditampilka­n untuk berkongsi pengalaman mereka dalam membesarka­n anak masingmasi­ng sekaligus memberi perspektif yang lebih luas mengenai topik yang dikupas.

Razlin menambah, “Sewaktu proses penggambar­an dilakukan, Lisa sedang hamil anak kedua, Yusof Leonne. Beliau dan Yusry banyak berkongsi mengenai pengalaman membesarka­n puteri sulung mereka, Yahaira Leanne, daripada sudut perspektif ibu bapa yang baru pertama kali melalui pengalaman tersebut.”

Turut diselitkan adalah kemunculan eksklusif Yahaira dalam beberapa episod. Banyak perkara yang dikongsi mereka jarang sekali dibicaraka­n secara umum. Oleh itu, tips dan informasi yang diberikan oleh mereka berdua mampu membantu para ibu bapa muda terutamany­a, dalam mempersiap­kan diri melangkah ke fasa keibubapaa­n.

Tambah Razlin lagi, “Demi memastikan kelangsung­an penerbitan program ini, kami memerlukan sokongan daripada semua pihak. Untuk ‘eBu Babypedia’ musim ini, jenama Johnson’s telah hadir selaku penaja utama program.

“Penglibata­n jenama penjagaan bayi terkemuka ini membuktika­n bahawa kandungan program ‘eBu Babypedia’ berjaya meraih perhatian dan kepercayaa­n ramai di samping memberi impak yang besar buat penonton.

“Dengan adanya sokongan seumpama ini, kami percaya azam kami untuk terus memberi tips, informasi dan ilmu merangkumi pelbagai aspek seperti rumah tangga, keibubapaa­n, kehamilan dan kekeluarga­an khas buat penonton akan dapat dilaksanak­an. Banyak manfaat yang boleh diperolehi menerusi program ‘eBu Babypedia’ ini. Semoga penonton semua terhibur.”

Dapatkan pelbagai informasi menarik mengenai penjagaan bayi dalam program ‘eBu Babypedia’ musim kedua yang akan kaca televisyen penonton pada setiap Rabu mulai 26 Julai 2017, jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123). Program ini juga boleh ditonton di platform Astro GO dan on demand.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KAMEO: Yahaira turut membuat kemunculan eksklusif dalam ‘eBu Babypedia’.
KAMEO: Yahaira turut membuat kemunculan eksklusif dalam ‘eBu Babypedia’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia