Utusan Borneo (Sabah)

Kanak-kanak perempuan mangsa ketiga rabies meninggal dunia

-

KUCHING: Kanak-kanak perempuan tujuh tahun yang merupakan mangsa ketiga wabak penyakit anjing gila atau rabies disahkan meninggal dunia di Unit Jagaan Rapi Kanakkanak (PICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) pada Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kanak-kanak perempuan dari Kampung Lebor, Gedong, Bahagian Serian itu meninggal dunia pada 2.16 petang akibat rabies encephalom­yelitis.

“Sehingga hari ini (13 Julai), terdapat empat kes disahkan rabies di Serian, Sarawak di mana tiga kes telah meninggal dunia dan satu kes iaitu kes keempat sedang dirawat di wad PICU HUS dan dalam keadaan kritikal.

“Tiada kes baharu rabies dilaporkan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pada 4 Julai lepas, mangsa pertama dan kedua yang juga adik-beradik, Monica dan Jackson Mazlan masing-masing berusia enam dan empat tahun yang menetap di Kampung Paon, Sungai Rimu Bakung, Serian meninggal dunia di PICU HUS selepas dikesan dijangkiti virus itu hujung bulan lepas.

Mangsa keempat wabak rabies kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Kampung Ampungan, Serian sedang dirawat di PICU HUS.

Dr Noor Hisham berkata Pengesanan Kes Aktif (ACD) bagi mengesan kes gigitan anjing telah dilaksanak­an di kawasan kejadian wabak rabies di Serian oleh Pejabat Kesihatan Serian bersamasam­a Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak.

“Aktiviti ACD telah dilaksanak­an di 96 penempatan­yangmeliba­tkan 5,663 rumah dan 21,978 penduduk ditemu duga bagi sejarah gigitan anjing.

“Sebanyak 225 kes gigitan anjing telah dikesan di kawasan wabak Daerah Serian dan telah diberikan rawatan. Aktiviti pendidikan kesihatan berkaitan rabies juga telah diberi kepada penduduk kampung berkenaan,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia