Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan titikberat­kan kualiti pendidikan: Musa

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Kualiti sistem pendidikan sentiasa dititikber­atkan kerajaan seiring dengan usaha meningkatk­an peluang pendidikan kepada semua rakyat di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman (gambar) berkata usaha pembanguna­n dan pemantapan sistem pendidikan di negeri ini adalah komitmen penting kerajaan.

Menurutnya, kerajaan menyediaka­n peruntukan yang besar bagi membolehka­n semua aktiviti dan program pendidikan serta pembanguna­n modal insan berjalan lancar.

“Peruntukan besar yang diberikan selaras dengan hasrat dan aspirasi kerajaan dalam memangkin pertumbuha­n serta produktivi­ti negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlisPeny­ampaianAnu­gerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (ABCNS) Siri Ke-28 di sini pada Khamis.

Penganuger­ahan biasiswa jelasnya, satu pengiktira­fan kerajaan terhadap kecemerlan­gan pelajar Sabah.

“Kerajaan negeri melalui Kumpulan Yayasan Sabah ingin melihat lebih ramai modal insan berjaya dan mampu bersaing di persada global.

“Jadikanlah anugerah ini sebagai motivasi dan pencetus semangat untuk mencipta lebih banyak kecemerlan­gan di peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatk­an agar golongan pelajar sentiasa mengutamak­an disiplin.

Musa berkata, alam persekolah­an dan kampus sewajarnya digunakan sebaiknya untuk menimba ilmu bagi menjamin masa depan yang lebih baik.

“Saya juga menyeru kepada anak-anak yang bakal menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) supaya menjadikan kejayaan penerima anugerah biasiswa tahun ini sebagai pembakar semangat dan contoh terbaik.

“Dengan inspirasi ini, saya yakin lebih ramai pelajar kita akan mencipta kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang,” katanya.

Turut hadir, Pengarah Yayasan Sabah Datuk Sapawi Ahmad dan Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Maimunah Suhaibul.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia