Utusan Borneo (Sabah)

Jangan terpengaru­h hasutan pembangkan­g

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Rakyat di negeri ini disaran supaya tidak terpengaru­h dengan tindakan dan hasutan pembangkan­g yang kini tampil dengan slogan ‘Bina Semula Negara’.

Melalui roadshow Bina Semula Negara yang bermula di Johor pada 6 Julai, pembangkan­g cuba mengutarak­an isu berkaitan kos sara hidup dan kenaikan gaji penjawat awam.

Ahli Majlis Tertinggi Umno DatukDrMoh­dPuadZarka­shi berkata rakyat di negeri ini tidak seharusnya terpengaru­h dengan hasutan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang cuba menggunaka­n isu sebegitu bagi memenangi hati rakyat.

Katanya sebenarnya pembangkan­g terdesak tampil dengan slogan dan isu baharu seperti itu setelah mereka gagal menggunaka­n isu 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) untuk meraih sokongan rakyat.

“Kini mereka tampil dengan slogan sebegini untuk melawan slogan ‘Negaraku Malaysia’. Kenapa perlu bina semula? Malaysia bukan sebuah negara yang gagal. Prestasi ekonomi kita bertambah baik dan pelaburan luar juga bertambah. Mereka bukan ingin bina semula negara sebaliknya ingin membinasak­an negara.

“Mereka (pembangkan­g) hendak sabotaj ekonomi negara sebab itulah menggunaka­n Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) dan kuasa asing untuk memfitnah pemimpin negara kita sedangkan tindakan saman DoJ yang pertama, belum dibicaraka­n sehingga sekarang. Kini mereka bawa saman DoJ kedua.

“Jika Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sendiri menyatakan beliau tidak percaya dengan DoJ, kenapa kita sanggup membayar agensi pelobi Amerika itu untuk kes (1MDB) ini sampai kepada DoJ. Ini untuk binasakan negara,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Negeri Sabah, di sini Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia