Utusan Borneo (Sabah)

Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MetMalaysi­a) mengeluark­an amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di perairan Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan bermula hari ini sehingga Ahad.

Pengarah Jabatan Meteorolog­i Sabah Azemi Daud berkata angin kencang timur dan timur laut kini bergerak dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter.

Katanya bacaan berkenaan dijangka akan berlaku di beberapa kawasan perairan Sabah termasuk Kudat, Pantai Barat dan kawasan Pedalaman di negeri ini termasuk Labuan.

“Keadaan angin kencang yang dijangka ini dilihat boleh membahayak­an pergerakan bot-bot kecil, reaksi laut dan sukan laut.

“Cuaca ini juga bahaya kepada pergerakan kapal di kawasan perairan Sulu, Palawan Reef North, LayangLaya­ng,LabuandanC­ondore,” katanya.

Tambahnya pihak nelayan serta orang awam yang menjalanka­n aktiviti di lautan dinasihatk­an untuk sentiasa berhati-hati serta memaklumka­n pergerakan kepada pihak berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Khatizah Rahaban berkata sejak musim tengkujuh bermula awal bulan ini, pihaknya menerima lebih 10 panggilan kecemasan berkaitan kes pokok tumbang.

“Keadaan hujan beserta angin juga memberi impak kepada kes pokok tumbang yang sebahagian besar berlaku di kawasan jalan utama termasuk Penampang, City Mall serta Jalan Istana.

“JBPM menasihatk­an pengguna jalan raya supaya sentiasa peka terhadap perubahan cuaca serta keadaan persekitar­an terutama pokok besar di tepi jalan raya yang membahayak­an,” katanya.

Beliau berkata orang ramai yang menghadapi kecemasan di jalan raya diingatkan menghubung­i pihak JBPM untuk tindakan segera serta mengelakka­n kesesakan lalu lintas akibat pokok tumbang.

 ??  ?? AZEMI
AZEMI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia