Utusan Borneo (Sabah)

KTS Trading pengedar tunggal produk Atlas Copco di Brunei dan Malaysia Timur

- Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

KUALA LUMPUR: Sebuah jenama Sweden yang terkenal di dunia dalam industri pembinaan berskala besar, Atlas Copco telah mengadakan seminar ‘Atlas CopcoPorta­ble Energy Division’ di Mandarin Oriental Kuala Lumpur, pada Khamis.

Seminar yang dihadiri lebih 100 pelanggan dan pengedar dari seluruh Malaysia itu disampaika­n oleh Pengurus Perniagaan Atlas Copco Portable Energy bahagian Malaysia dan Singapura Allan Liew.

Menurut Allan, pelbagai maklumat mengenai pengedaran produk Atlas Copco diberi penjelasan merangkumi produk Portable Energy seperti pemampat mudah alih udara, set penjana diesel, menara lampu dan pelbagai lagi.

“Selain itu, seminar ini juga adalah bertujuan merapatkan jurang di antara Atlas Copco bersama pelanggan dan pengedarny­a. Matlamat kami adalah untuk memenuhi keperluan pelanggan untuk produk dan perkhidmat­an yang meningkatk­an produktivi­ti, kecekapan tenaga dan keselamata­n,” katanya.

Beliau berkata Atlas Copco telah beroperasi di Malaysia sejak tahun 1983 lagi dan kini mempunyai mempunyai 2,000 pelanggan di seluruh Malaysia.

“Untuk pasaran Malaysia Timur dan Brunei, KTS Trading Sdn Bhd telah dilantik sebagai pengedar tunggal produk Atlas Copco,” jelasnya.

Pengurus Bahagian Produk Industri KTS Ling Leong King dan Pengurus Permasaran KTS Michael Ting turut menghadiri seminar itu.

Pada masa sama, Atlas Copco turut melancarka­n lima jenis produk terbaharun­ya dan menandatan­gani kerjasama bersama TTL Sales dan Rental Sdn Bhd.

 ??  ?? (Dari kiri)PENGURUS Pemasaran KTS Sabah, Wong Nyuk Tai, Pengurus Bahagian Produk Industri KTS, Ling Leong King, Pengurus Perniagaan Atlas Copco Indonesia,Uut Ananta dan Pengurus Permasaran KTS, Michael Ting turut menghadiri seminar Atlas Copco yang...
(Dari kiri)PENGURUS Pemasaran KTS Sabah, Wong Nyuk Tai, Pengurus Bahagian Produk Industri KTS, Ling Leong King, Pengurus Perniagaan Atlas Copco Indonesia,Uut Ananta dan Pengurus Permasaran KTS, Michael Ting turut menghadiri seminar Atlas Copco yang...
 ??  ?? ALLAN (tiga dari kiri) pada majlis pelancaran Atlas Copco di Mandarin Oriental Kuala Lumpur.
ALLAN (tiga dari kiri) pada majlis pelancaran Atlas Copco di Mandarin Oriental Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia