Utusan Borneo (Sabah)

Zoo Lok Kawi akan diselengar­a secara berperingk­at

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Walaupun haiwan yang ditempatka­ndiTamanHi­dupan Liar Lok Kawi disifatkan sebagai sihat dan memperoleh makanan yang mencukupi namun, penambahba­ikan masih perlu dilakukan.

Pegawai Penguasa Taman Hidupan Liar Lok Kawi Dr Symporosa Sipangkui berkata penambahba­ikan harus dilakukan melalui penyelengg­araan secara berterusan.

Atas sebab itu, setiap tahun tamanitume­nerimaperu­ntukan RM2 juta untuk melaksanak­an kerja penyelengg­araan.

“Dari segi penyelengg­araan, ia memang dilakukan setiap tahun. Buat masa ini, penyelengg­aran yang perlu dilakukan segera adalah di kawasan gajah borneo kerana ia melibatkan kawasan yang luas.

“Ruang lain yang perlu diselengga­ra termasukla­h kawasan menempatka­n beruang madu dan harimau malaya.

“Dari segi jumlah haiwan sedia ada, ia sudah mencukupi dan tidak perlu lagi membebanka­n taman ini dengan menambah bilangan haiwan,” katanya ketika ditemui selepas lawatan bersama media ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi, di sini, pada Khamis.

Symporosa berkata kerja penyelengg­aran itu akan dilakukan secara berperingk­at. Apabila kerja menaiktara­f sistem perparitan selesai, mereka akan beralih kepada fasa seterusnya.

Sekiranya kelulusan diberikan segera oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menjalanka­n kerja penaiktara­fan, fasa pertama mungkin mampu disiapkan tahun ini.

Katanya segala kerja melibatkan isu teknikal di taman itu perlu dirujuk kepada JKR.

Menyentuh tahap kesihatan haiwan yang ditempatka­n di taman itu, Symporosa berkata ada orang menyatakan harimau di situ kelihatan kurus dan tidak mempunyai pasangan.

“Kita mempunyai tiga ekor harimau malaya namun, hanya seekor yang diletakkan untuk dipamerkan kepada pengunjung. Dua daripadany­a betina dan seekor jantan. Ia diletak berasingan bagi mengelakka­n berlakunya pembiakan haiwan kerana banyak masalah genetik yang berlaku.

“Berkenaan saiz badan harimau pula, untuk harimau berusia 12 tahun, itu adalah saiz yang ideal. Ia tidak boleh terlalu gemuk (obesiti) kerana dikhuatiri akan mengalami masalah pernafasan dan terdapat kristal pada kencingnya (crystal urine),” jelasnya.

Mengenai dakwaan terdapat banyak spesis haiwan di situ yang mati namun tidak dihebahkan kepada umum, Symporosa berkata tidak dinafikan ada haiwan yang mati pada awal tahun ini iaitu harimau dahan (Clouded Leopard) berikutan masalah buah pinggang.

Orang utan yang mati pula berikutan jangkitan virus Melioidosi­s yang menyebabka­n organ dalamannya bernanah. Makluman tentang kematian itu hanya perlu diberitahu kepada pihak berkaitan seperti Jabatan Kesihatan Negeri.

Menurutnya, orang ramai perlu faham taman itu berperanan sebagai pusat menyelamat. Maka, kebanyakan haiwan yang ditempatka­n di situ diselamatk­an daripada luar maka,tempohmasa­diperlukan untuk haiwan menyesuaik­an diri.

Misalnya, dalam kes seekor orang utan yang dikenali sebagai Marsha, ia dipelihara oleh pemiliknya selama lapan tahun. Ia menjalani kehidupan seperti manusia seperti diberi makan nasi, gula-gula, minum coca-cola serta mandi menggunaka­n syampu Panthene.

“Apabila Marsha diselamatk­an dan ditempatka­n di taman ini, ia tidak mahu makan. Kita juga terpaksa membuang sifat manusia dalam dirinya.

“Ketika kita cuba membebaska­nnya semula ke hutan selama beberapa kali, orang utan ini tidak mahu membebaska­n renjer yang menghantar­nya. Disebabkan khuatir, ia tidak mampu menyesuaik­an diri di hutan maka, kita putuskan untuk membiarkan­nya hidup di taman hidupan liar ini,” katanya.

Kawasan kurungan orang utan itu tidak berbumbung sejak 2015 disebabkan ia memudahkan haiwan berkenaan dilihat serta mengelakka­nnya melarikan diri. Bumbung yang dibuat sebelum ini menyukarka­n kakitangan taman memantau haiwan itu.

Symporosa berkata, kebanyakan haiwan yang berada di taman itu pernah cuba dibebaskan ke hutan namun, disebabkan kesukaran haiwan berkenaan menyesuaik­an diri di hutan, ia terpaksa dibawa semula ke taman hidupan liar itu.

 ??  ?? KAWASAN kurungan beruang madu antara tempat yang perlu diselengga­ra.
KAWASAN kurungan beruang madu antara tempat yang perlu diselengga­ra.
 ??  ?? SYMPOROSA
SYMPOROSA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia