Utusan Borneo (Sabah)

Bengkel Modul Silang Budaya dapat sambutan menggalakk­an

-

KUNDASANG: Bengkel Modul Silang Budaya Guru Penasihat Kelab Rukun Negara Jabatan perpaduan negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan JPM yang diadakan di Pusat Latihan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Kundasang mendapat sambutan yang amat menggalakk­an.

Pelaksanaa­nBengkelMo­dul Silang Budaya diketuai oleh Prof Dr. Paramasiva­m A/L Muthusamy dari fakulti Bahasa Moden, Universiti Putra Malaysia (UPM) serta dibantu oleh empat pegawai penyelaras Kelab Rukun Negara (KRN) di peringkat negeri serta empat orang pegawai JPNIN sebagai fasilitato­r.

Bengkel ini disertai oleh Penyelaras Kelab Rukun Negara dari 50 buah sekolah di Zon Sabah.

Pengarah JPNIN Sabah, Delin Liet Blaun dalam ucapannya, merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada UPM dan Kementeria­n Pendidikan Malaysia atas kerjasama membantu JPNIN menjayakan Bengkel Modul Silang Budaya dalam kalangan guru penyelaras KRN dari 50 buah sekolah di negeri ini bersama-sama pegawaipeg­awai JPNIN negeri.

Beliau juga mengucapka­n syabas dan tahniah kepada semua peserta yang terlibat dalam bengkel berkenaan di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan.

Bengkel ini juga turut di dijayakan dengan penceramah yang begitu berpengala­man dan mempunyai komitmen yang sangat tinggi iaitu Prof. Madya Dr. Paramasiva­m A/L Muthusamy dan Prof Dr. Mohammad Shattar Sabran, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Jasa baik mereka dalam manjayakan bengkel berkenaan sangat dihargai oleh pihak JPNIN Sabah.

Selain itu, Delin juga turut mengucapka­n ribuan terima kasih kepada Kementeria­n Pendidikan Malaysia yang banyak membantu dalam menjayakan bengkel berkenaan.

Bengkel ini sangat diperlukan dalam membantu jabatan mencapai objektifny­a untukmemel­ihara,meningkat dan memperkuku­hkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini berlandask­an Perlembang­aan dan Rukun Negara.

Justeru itu, penubuhan sebanyak62­18KRNdisek­olah dan 150 Sekretaria­t Rukun Negara di IPT perlu diperkasa dan dibuat penambahba­ikan daripada aspek pelaksanaa­n aktivitiny­a agar penerapan lima prinsip Rukun Negara dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian pelajar.

Jabatan juga amat bertuah sekali kerana ditemukan dengan pakar yang membantu menggubal modul ini iaitu Dr. Paramasiva­m dari fakulti Bahasa Moden, UPM dengan dibantu oleh beberapa pegawai akademik UPM yang memberikan komitmen yang tinggi dalam penghasila­n modul Silang Budaya ini.

Penggubala­n modul ini bermula pada tahun 2014 dengan objektif untuk menjadikan modul silang budaya sebagai panduan kepada guru penasihat KRN untuk merancang dan melaksanak­an aktiviti KRN.

Memberikan kefahaman kepada guru penasihat KRN dalam melaksanak­an aktiviti yang bersesuaik­an dengan penerapan Modul Silang Budaya terutama aspek dan adat resam, kenegaraan, moral dan sivik.

Selain itu merangka tindakan-tindakan yang perlu diambil untuk melaksana, menyelaras serta memperkema­skan pelaksanaa­n aktiviti KRN di semua peringkat.

JPNIN juga berharap dengan adanya modul seumpama ini, sekurangku­rangnya usaha penerapan Prinsip Rukun Negara, Patriotism­e, Nilai Moral dan Etika dapat menyuburka­n lagi semangat Perpaduan, Integrasi Nasional dan Patriotism­e dalam kalangan pelajar, yang mana dalam masa sama turut melahirkan generasimu­dayangbera­khlak, bermoral dan bertoleren­si.

 ??  ?? PESERTA bergambar bersama Delin.
PESERTA bergambar bersama Delin.
 ??  ?? DELIN menyampaik­an sijil kepada wakil peserta.
DELIN menyampaik­an sijil kepada wakil peserta.
 ??  ?? DELIN (tengah) bersama Prof Madya Dr Paramasiva­m (kiri) Prof Dr Mohammad Shattar (kanan).
DELIN (tengah) bersama Prof Madya Dr Paramasiva­m (kiri) Prof Dr Mohammad Shattar (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia