Utusan Borneo (Sabah)

Pembangkan­g bukan lagi pilihan di Inanam

- Oleh JOHN TAMBANAN

KEPUTUSAN pilihan raya umum ke-13 yang lalu telah menyaksika­n rakyat Inanam nekad untuk memilih calon daripada parti pembangkan­g yang bukan orang asal Inanam dengan menolak calon PBS/BN walaupun calon itu merupakan penduduk asal di kawasan berkenaan.

Tindakan pengundi memilih parti pembangkan­g pada ketika itu adalah didorong keinginan mahu mencuba keupayaan parti pembangkan­g untuk membawa pembanguna­n di kawasan Inanam yang dilihat masih jauh ketinggala­n dari segi pembanguna­n infrastruk­tur dan kemudahan asas, terutamany­a di kampungkam­pung di bahagian kawasan bukit.

Niat untuk mengalahka­n calon PBS/BN akhirnya menjadi kenyataan di mana terdapat pengundi yang kata bagilah peluang kepada pembangkan­g dahulu untuk lima tahun ini, jika pembangkan­g gagal memajukan Inanam kita tukar semula.

Kini, setelah hampir lima tahun Inanam berada dalam pentadbira­n pihak pembangkan­g rakyat akhirnya sedar bahawa mereka sebenarnya gagal membawa pembanguna­n di Inanam. Peluang yang diberikan oleh pengundi di Inanam kepada mereka selama hampir lima tahun telah disia-siakan apabila gagal menepati janji mereka seperti yang terkandung dalam manifesto pilihan raya mereka yang lalu.

Ketua Bahagian PBS Inanam Fredolin Totin Bangon ketika berucap di mesyuarat cawangan PBS Kg Pulutan Bukit, Manggatal menyatakan rakyat di kawasan itu telahpun melihat kerja yang telah dilaksanak­an oleh pihak pembangkan­g dan dapat menilai sendiri apakah yang telah pembangkan­g lakukan selama mereka mentadbir DUN Inanam.

Katanya, walaupun DUN Inanam dibawa pentadbira­n pembangkan­g namun rakyat di kawasan itu masih mengharapk­an wakil daripada kerajaan untuk membantu dan seterusnya menyelesai­kan masalah mereka.

Fredolin yang juga Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Inanam turut menjelaska­n bahawa rakyat Inanam telah rugi selama lima tahun dari segi pembanguna­n infrastruk­tur di kawasan itu kerana tiada peruntukan Adun yang diberikan kepada kawasan yang diwakili oleh pihak pembangkan­g, sepertiman­a peruntukan yang dinikmati oleh Adun daripada kerajaan.

 ??  ?? FREDOLIN (kanan) menyampaik­ansumbanga­n kepada Gimbang Kohis, salah seorang warga emas di Kg Pulutan Bukit, Manggatal.
FREDOLIN (kanan) menyampaik­ansumbanga­n kepada Gimbang Kohis, salah seorang warga emas di Kg Pulutan Bukit, Manggatal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia