Utusan Borneo (Sabah)

Percaturan diharap menjadi

Sabah tekad kembalikan rentak kemenangan saingan Liga Premier

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

Kita perlu jarakkan diri dari pasukan di bawah. Sebab itu, niat kita datang ke sini (Selangor) adalah untuk dapatkan kemenangan walau dengan apa cara sekalipun..kita akan berusaha untuk dapatkan mata penuh. JELIUS ATING Ketua jurulatih

KOTA KINABALU: Kerja rumah yang dibuat diharap mengembali­kan rentak kemenangan Sabah apabila berhadapan Kelab Bola Sepak Universiti Teknologi Mara (UiTM FC) pada saingan Liga Premier di Stadium UiTM Shah Alam.

Ketua jurulatih, Jelius Ating berkata, analisa telah dibuat berdasarka­n aksi Sabah pada perlawanan sebelum ini.

“Kami telah menonton semula video perlawanan­perlawanan Sabah sebelumnya untuk perbanding­an bagaimana mereka beraksi semasa mencatat kemenangan dan ketika kalah.

“Kita buat analisa dan adakan perbincang­an bersama pemain. Saya harap ada perubahan positif kerana kita masih dalam kedudukan perlukan kemenangan untuk menjauhkan diri dari zon penyingkir­an,” kata Jelius ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau berkata, Sabah tiada pilihan selain dapatkan kemenangan untuk jarakkan diri dari zon penyingkir­an kerana pasukan di bawah juga sedang berusaha menghampir­i mereka.

“Kita perlu jarakkan diri dari pasukan di bawah. Sebab itu, niat kita datang ke sini (Selangor) adalah untuk dapatkan kemenangan walau dengan apa cara sekalipun.. kita akan berusaha untuk dapatkan mata penuh,” katanya.

Beliau berkata, kemenangan juga diperlukan bagi menyuntik moral dan mengembali­kan keyakinan pemain selepas tewas 1-3 di tangan Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) di Stadium Likas pada Isnin.

Hari ini, Sabah kembali mendapat khidmat dua pemain tengahnya, Maxsius Musa yang telah pulih dari kecederaan dan Mohd Azizan Nordin yang telah melunaskan penggantun­gan satu permainan.

Bagaimanap­un, pertahanan tengah importnya, Heo Jaenyong tiada dalam senarai ekoran kecederaan meninggalk­an Sabah dengan kekuatan tiga import sahaja iaitu Francis Kasonde (pertahanan), Lee Gil Hoon (penyerang tengah) dan Rodoljub Paunovic (penyerang).

“Azizan akan mengisi tempat Jaenyong manakala sayap kiri dan kanan akan diisi sama ada Maxsius, Leo (Leopold Alfonso Otong) dan Ummai (Ummareng Bacok). Lain-lain posisi akan diisi pemain sama sebagaiman­a pada perlawanan sebelum ini,” kata Jelius.

Turut dalam senarai kesebelasa­n utama sebelum ini adalah Rozaimie Rohim (penjaga gol), Rawilson Batuil, Dendy Lowa, Alto Linus, Francis Kasonde (pertahanan), Sabri Sahar, Lee dan Paunovic.

Sambil itu, pengurus pasukan, Datuk Juil Nuatim berharap percaturan Sabah akan menjadi untuk meraih mata penuh.

“Kemenangan adalah respon terbaik terhadap kekalahan pada perlawanan sebelum ini. Kita bukan sahaja mahu tebus kekalahan pada perlawanan (menentang PKNP) sebelum ini tetapi juga kekalahan 2-3 ditangan lawan sama (UiTM) pada pusingan pertama,” katanya.

 ??  ?? JUIL
JUIL
 ??  ?? JELIUS
JELIUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia