Utusan Borneo (Sabah)

Rumah luar biasa undang anda ke Kedah

-

JIKA anda ingin merasai kelainan tinggal di rumah yang unik yang dipanggil rumah senget, rumah terbalik atau rumah ‘hobbit’, datanglah ke Kampung Changkat Setoi di Changlun, Kedah.

Kawasan rumah yang dinamakan ‘MnM Home Whimsical Houses’ menjadi perhatian pengunjung ketika Aidilfitri lalu.

Pemiliknya Profesor Dr Mahamad Tayib, 60, berkata beliau membina tiga rumah itu sejak penghujung tahun 2015 itu bagi memberi kepuasan kepadanya dalam mengekspre­si imaginasin­ya dalam seni reka. “Ideanya tercetus selepas saya melawat beberapa rumah terbalik di dalam dan luar negara. “Memandangk­an kawasan Changlun ini belum banyak mempunyai daya tarikan pelanconga­n, saya rasa tidak salah untuk saya membinanya,” kata bekas pensyarah Universiti Utara Malaysia ini kepada Bernama. Dibangunka­n di atas tanah berkeluasa­n 0.8 hektar, daya tarikan lain yang terdapat di perkampung­an ini ialah dusun limau bali, mata kucing, rambutan dan durian serta ladang rusa, arnab dan kawasan ternakan madu kelulut.

MnM Home Whimsical Houses juga mempunyai dua rumah inap desa.

Sejak tular di laman sosial, MnM Home Whimsical Houses menerima kunjungan lebih 200 orang sehari dan ia dijangka bertambah menjelang musim persekolah­an akan datang.

“Apa yang saya pentingkan adalah pengunjung dapat mene-roka ka-wa-san ini dengan keadaan santai.

“Dise-babkan itulah kemasukan pengunjung ke sini adalah berdasarka­n tempahan pada hari biasa dan terbuka pada hari minggu.

“Saya tidak mahu kawasan ini terlalu padat dengan pengunjung kerana ia akan menghilang­kan keseronoka­n dalam menikmati apa yang ada di sini.

“Bagai-mana-pun buat masa se-ka-rang, saya terima saja kunjungan tanpa tempahan memandangk­an saya tidak sampai hati untuk menolak kedatangan mereka terutama yang datang dari jauh,” jelasnya yang turut menerima pengunjung dari Johor dan Sabah.

Mahamad berkata, MnM Home Whimsical Houses turut dijadikann­ya pelantar buat dua anaknya iaitu Mariam Nabilah, 28, dan Mariam Nadhirah, 26, untuk mengasah bakat mereka dalam bidang keusahawan­an.

“Menyedari kesukaran lulusan graduan mendapatka­n pekerjaan ketika ini, menguruska­n MnM Home Whimsical Houses mampu memberi pengalaman berguna kepada anak-anak saya terutama dalam pengurusan dan komunikasi.

“Di sini mereka akan belajar bagaimana berinterak­si dengan pelanggan, menguruska­n produk mereka dan banyak perkara lagi. Jika projek ini berjaya, saya akan buka kepada graduan lain yang sedang mencari pekerjaan,” katanya. — Bernama

 ??  ??
 ??  ?? RUMAH terbalik dan rumah ‘hobbit’ yang dibina di dalam terowong dibina bersebelah­an rumah senget MnM Home Whimsical (gambar bawah kiri) milik Prof Dr Mahamat di Kampung Cangkat Setol, Changlun turut menarik perhatian penggemar ‘selfie’ untuk merakam...
RUMAH terbalik dan rumah ‘hobbit’ yang dibina di dalam terowong dibina bersebelah­an rumah senget MnM Home Whimsical (gambar bawah kiri) milik Prof Dr Mahamat di Kampung Cangkat Setol, Changlun turut menarik perhatian penggemar ‘selfie’ untuk merakam...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia