Utusan Borneo (Sabah)

Kampung Tangga kawasan baharu wabak rabies

-

KUCHING: Kampung Tangga diisytihar­kan sebagai kawasan baharu rabies menjadikan sebanyak tujuh kawasan wabak berkenaan setakat ini yang kesemuanya di Bahagian Serian.

Kampung-kampung lain ialah Paon Rimu, Paon Rimu Bakung, Remun, Lebor, Krait dan Saroban.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah berkata Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak (JPVS) bersama Persatuan Veterinar Sarawak (PVS) akan mengadakan kempen pemvaksina­n besar-besaran di Serian.

Katanya, kempen tersebut akan diadakan pada 15 dan 16 Julai ini dari jam 10 pagi hingga 4 petang di empat lokasi iaitu Balai Babuk Gawing, Dewan Masyarakat Serian, Pejabat Veterinar Serian dan Majlis Daerah Serian.

“Saya menyeru kepada semua pemilik haiwan peliharaan untuk datang ke tempat-tempat di mana pemvaksina­n haiwan akan diadakan. Pemvaksina­n ini akandiberi­secaraperc­uma,” katanya pada sidang media di Pejabat Daerah Serian, pada Khamis.

Turut hadir Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian dan Menteri Muda (Pembanguna­n Tanah Adat) Datuk Roland Sagah Wee Inn.

Menurut Uggah, setakat ini JPVS bersama agensiagen­si kerajaan lain dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah memvaksin sebanyak 1,975 haiwan peliharaan terdiri daripada 464 anjing, 1,493 kucing dan 18 lain-lain haiwan.

Selain itu, katanya, JPVS juga telah menjalanka­n 60 kempen kesedaran awam yang dihadiri oleh 3,735 peserta.

Beliau menambah, semalam pasukan vaksinasi telah menjalanka­n pemvaksina­n di Kampung Slabi, Kampung Tangga Mawang, Kampung Ranchan, Kampung Rasau, Kampung Koran dan Kampung Sorak.

 ??  ?? UGGAH (duduk kanan) pada sidang media di Pejabat Daerah Serian mengenai wabak rabies, pada Khamis. Turut kelihatan Dr Sim (duduk dua kanan) dan Roland Sagah (duduk kiri).
UGGAH (duduk kanan) pada sidang media di Pejabat Daerah Serian mengenai wabak rabies, pada Khamis. Turut kelihatan Dr Sim (duduk dua kanan) dan Roland Sagah (duduk kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia