Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat kerjasama dengan Indonesia bangun PKS

-

KUCHING: Sarawak mencadangk­an lebih banyak kerjasama dua hala dengan Kalimantan, Indonesia terutama dalam pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sehingga kini Sarawak dan Kalimantan khasnya menjalin pelbagai kerjasama dalam beberapa sektor lain yang membawa manfaat kepada kedua-dua pihak.

“Kami (kerajaan negeri) mahu melihat lebih banyak kerjasama antara Sarawak dan Indonesia khasnya Kalimantan dalam pembanguna­n PKS.

“Pelbagai bidang berpotensi yang boleh dilaksanak­an bersama termasuk industri makanan, produk halal selain perabot,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Jawatankua­sa Bersama Perdaganga­n dan Pelaburan Indonesia-Malaysia (JTIC) Ke-3 yang dihadiri Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Perdaganga­n Indonesia, Enggartias­to Lukita di sini, pada Khamis.

Menurut Awang Tengah juga Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan, bidang berkenaan antara yang diteliti berpotensi dibawah kerjasama kedua-dua pihak.

Beliau berkata, Sarawak bersama Kalimantan Barat terutamany­a, selama ini menjalin kerjasama erat dalam beberapa sektor lain termasuk bekalan elektrik ke kawasan berdekatan dengan sempadan.

“Sarawak, khasnya Kuching berjaya menarik ramai warga Indoesia datang yang mendapatan rawatan perubatan di hospital sedia ada di bandar raya ini.

“Kita mendapati jumlah yang agak memberangs­angkan dari segi kedatangan warga Indonesia mendapatka­n rawatan perubatan di Kuching,” katanya.

Awang Tengah memberitah­u, daripada segi pendidikan negeri ini mempunyai banyak universiti serta institusi pengajian tinggi yang mengalu-alukan lebih ramai rakyat republik Indonesia melanjutka­n pengajian di institusi berkaitan.

Katanya sektor pelanconga­n Sarawak juga turut disumbangk­an daripada pelanconga­n warga Indonesia.

“Kita juga bersedia meneliti dagangan rentas sempadan terutama Entikong-Tebedu dengan mencadangk­an beberapa langkah bagaimana menaik taraf Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ),” katanya.

 ??  ?? AWANG Tengah bersama Mustapa (kanan), Enggartias­to (kiri) dan Wong (dua kanan) tiba bagi menghadiri mesyuarat JTIC Ke-3 di Kuching.
AWANG Tengah bersama Mustapa (kanan), Enggartias­to (kiri) dan Wong (dua kanan) tiba bagi menghadiri mesyuarat JTIC Ke-3 di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia