Utusan Borneo (Sabah)

Messi harapkan permulaan baik

Di bawah kendalian jurulatih baharu Barcelona

-

TOKYO: Bintang Barcelona Lionel Messi kelmarin menyuaraka­n harapan bagi nasib yang lebih baik di bawah jurulatih baharu Ernesto Valverde selepas tahun yang mengecewak­an bagi kelab Catalan itu.

“Apabila saya memulakan musim baharu, matlamat adalah sangat jelas, iaitu agar Barcelona berusaha sedaya upaya,” kata legenda Argentina itu, yang baru-baru ini menyetujui lanjutan kontrak selama tiga tahun di Barca.

“Secara peribadi saya sangat gembira dan mengalu-alukan untuk memulakan musim baharu,” tambah Messi yang baharu berkahwin manakala Barcelona meraikan perjanjian penajaan baharu dengan firma e-dagang Jepun, Rakuten, di ibu pejabatnya di Tokyo.

“Ia adalah permulaan baharu. Segalanya akan baharu (di bawah Valverde). Kami banyak mendengar tentang reputasiny­a yang sangat bagus, jadi kami akan berusaha sedaya upaya.”

Sementara Messi mengelak daripada membuat kenyataan berani untuk kempen baharu setelah musuh ketat Real Madrid memenangi kejuaraan La Liga dan Liga Juara-Juara Eropah pada musim lepas, rakan sepasukan di Barca, Arda Turan, berkata: “Ia adalah penting bagi kami untuk memenangi semua kejuaraan pada tahun ini – kami dapat melakukann­ya.”

Mereka disertai oleh Neymar dan Gerard Pique untuk acara media berkenaan bersama pengasas dan ketua pegawai eksekutif Rakuten, Hiroshi Mikitani.

“Objektif kita sentiasa untuk menang, tidak kira sama ada saya menjaringk­an gol atau tidak,” kata Neymar.

“Kami sebuah pasukan,” tambah pemain Brazil itu. “Jika saya dapat menjaringk­an gol, sudah tentulah saya akan gembira, tetapi dengan Pique dan Messi, dan pemain lain menjaringk­an gol, itu juga bagus. Selagi pasukan menang, saya gembira.”

Valverde menggantik­an Luis Enrique, yang meletak jawatan selepas tiga tahun menggalas tugas dengan jayanya di Barca.

Perjanjian penajaan Rakuten selama empat tahun, bernilai 55 juta euro (RM264 juta) setahun, akan tamat pada Jun 2021, dengan pilihan bagi lanjutan selama setahun lagi.

Gergasi e-dagang itu menggantik­an Qatar Airways, penaja jersi Barcelona sejak 2013.

Rakuten menandatan­gani perjanjian itu dalam usaha untuk mengembang­kan sayap di luar negara.

Syarikat itu sudah memiliki kelab Liga J, Vissel Kobe, dan pasukan besbol profesiona­l, Rakuten Golden Eagles. – AFP

 ??  ?? MESSI
MESSI
 ??  ?? JURULATIH Barcelona, Ernesto Valverde menyertai sesi latihan bersama anak buahnya di kem latihan Joan Gamper, Barcelona pada Khamis. Gambar REUTERS
JURULATIH Barcelona, Ernesto Valverde menyertai sesi latihan bersama anak buahnya di kem latihan Joan Gamper, Barcelona pada Khamis. Gambar REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia