Utusan Borneo (Sabah)

Lesen dibatal jika syarikat pemandu pelancong sertai demonstras­i

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Lesen syarikat pemandu pelancong akan dibatalkan jika mereka didapati menyertai demonstras­i yang menyatakan wujud pemandu pelancong haram beroperasi di Sabah.

Pengarah Pejabat Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan (Motac) Sabah Ag Ahmad Zaki Abu Bakar berkata mereka melihat perkara itu secara serius dan meminta pihak polis melakukan siasatan terhadap perhimpuna­n itu.

“Motac membantah tindakan dan sikap Persatuan Pemandu Pelancong Sabah (STGA) dan Persatuan Pemandu Pelancong Bumiputera (PBB) yang mengadakan demonstras­i di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) bagi menghentik­an pengoperas­ian pemandu pelancong haram yang berasal dari China.

“Kami melihat perkara ini secara serius dan meminta pihak polis melancarka­n siasatan untuk mengesahka­n perhimpuna­n berkenaan tidak sah.

“Sekiranya didapati bersalah, kita tidak akan teragak-agak untuk membatalka­n semua lesen mereka dengan serta-merta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataann­ya selepas berlaku satu perhimpuna­n bagi menyekat operasi pemandu pelancong yang dikatakan haram kira-kira jam 12.30 tengah malam Sabtu.

Dalam pada itu, sekumpulan pelancong China yang tiba di LTAKK ketika itu terpaksa menunggu sehingga kira-kira jam 2.30 pagi sebelum bergerak ke penginapan mereka di ibu negeri disebabkan demonstras­i berkenaan.

Ahmad Zaki berkata siasatan dibuat ke atas syarikat pelanconga­n yang dikatakan menjalanka­n operasi haram itu.

“Kami mendapati syarikat berkenaan menjalanka­n perniagaan mereka secara sah mengikut Akta Industri Pelanconga­n 1992.

“Dalam masa yang sama, mereka mempunyai pemandu pelancong berlesen dan bas pelanconga­n yang menunggu di lapangan terbang untuk menerima pelancong semasa ketibaan.

“Tuduhan STGA dan PBB yang mengatakan syarikat pelanconga­n itu tidak mematuhi undang-undang adalah tidak benar sama sekali,” jelasnya.

Tambahnya, tindakan STGA dan PBB itu menyebabka­n pemandu pelancong berlesen yang dilantik oleh syarikat pemandu pelancong melarikan diri dari lapangan terbang sebelum ketibaan para pelancong kerana ketakutan.

“Tindakan mereka ini melakarkan pandangan negatif kepada pelancong yang tiba pada masa itu dan sekali gus mencemarka­n imej masyarakat Sabah yang mesra kerana menyebabka­n pelancong ini terkandas selama dua jam di LTAKK.

“Dalam pada itu, kami telah menerima banyak aduan berkenaan tindakan itu dari syarikat pelanconga­n tempatan dan antarabang­sa terutamany­a China serta Korea.

“Syarikat-syarikat ini juga membatalka­n perjalanan yang telah mereka rancang sejak awal lagi ke Sabah.

“Kelakuan sedemikian daripada persatuan pemandu pelancong terbabit tidak sepatutnya ada dalam industri ini,” katanya.

Presiden persatuan itu masingmasi­ng harus memberikan contoh yang baik dalam memimpin pemandu pelancong mereka kerana masih banyak cara untuk menyelesai­kan sebarang konflik seumpama itu melalui saluran yang betul.

“Apa yang terjadi harus diselesaik­an dengan cara yang baik melalui perbincang­an seumpamany­a. Kami juga sentiasa bersedia serta mengalu-alukan sesiapa sahaja yang memerlukan sokongan dan bantuan.

“Kita semua perlu mengambil pendekatan holistik untuk menyelesai­kan masalah,” tambahnya.

 ??  ?? ANTARA pelancong yang terkandas semasa demonstras­i berkenaan.
ANTARA pelancong yang terkandas semasa demonstras­i berkenaan.
 ??  ?? DEMONSTRAS­I dari pemandu pelancong tempatan di LTAKK.
DEMONSTRAS­I dari pemandu pelancong tempatan di LTAKK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia