Utusan Borneo (Sabah)

Pusat Latihan Dakwah Al Bukhary diharap jadi eko pelanconga­n

-

KOTA MARUDU: Pusat Latihan Dakwah Al Bukhary/ Usia di Kampung Marasinsim di sini diharap menjadi eco pelanconga­n kerana terletak di tempat strategik di utara Sabah dan menjadi laluan ke pantai timur.

Yang Dipertua Pertubuhan IslamSelur­uhSabah(Usia)Tun Sakaran Dandai menyatakan demikian ketika menghadiri Majlis Silaturrah­im Hari Raya Aidilfitri di Masjid AsShobirin Kg Marasinsim pada Jumaat.

Beliau pusat latihan bernilai RM5 juta yang dibiayai oleh Yayasan Al Bukhary itu mula dibina pada April 2015 di tanah seluas 3 ekar yang diwakafkan oleh mantan imam kampung itu, Aliakhbar Olong, yang dijangka siap pada September 2017.

Bangunan Pusat Latihan Dakwah yang unik dan berciri-cirikan keislaman yang terletak di pinggir pantai ini akan dilengkapi dengan beberapa kemudahan seperti masjid, bilik kuliah, asrama pelajar, rumah guru, dewan serbaguna, gelanggang sukan dan kantin.

“Orang ramai khususnya masyarakat Islam yang melalui dan singgah boleh melihat bangunan ini selain menunaikan solat di masjid yang dibina di sini selain dapat bersantai di tepi pantai dengan kemudahan yang disediakan oleh penduduk kampung seperti tempat berehat, kantin/restoran, resort dan gerai kraftangan. Manakala, mereka minat memancing boleh gunakan perkhidmat­an perahu yang disediakan.

“Pelanconga­n menjadi salah satu kegiatan sosial dan ekonomi yang penting pada masa ini dan pusat ini nanti diharap dapat memberi manfaat kepada penduduk kampung untuk mengusahak­an perniagaan seperti membina rumah penginapan, kantin, gerai kraftangan dan lain-lain yang boleh menarik kedatangan pelancong,” katanya.

Sakaran menjelaska­n secara umumnya penduduk kampung akan dapat menjana ekonomi apabila ramai pelancong datang ke tempat itu di samping membantu kerajaan menarik para pelancong untuk datang ke negara dan negeri ini.

Mengenai pusat dakwah itu, beliau berkata apabila siap nanti, pihaknya akan menempatka­n 400 pelajar pada satu-satu masa dengan metlamat melahirkan golongan pelajar cemerlang, di samping pendakwah yang terlatih, berilmu dan mampu menggerakk­an dakwah Usia dengan berkesan.

“Masyarakat berilmu dapat membantu membangunk­an negara dengan menggunaka­n ilmu yang diperolehi untuk kebaikan,” katanya.

Ekoran daripada perkembang­an itu, pihaknya akan menghantar beberapa tenaga pengajar yang berkelayak­an untuk mengikuti kursus di Kuala Lumpur bagi menyediaka­n tenaga pengajar terlatih, berketramp­ilan dan berwibawa.

“Setakat ini, pihak Usia telah melantik 30 penolong pegawai dakwah dan ditempatka­n di beberapa bahagian Usia di negeri ini untuk melaksanak­an tugas-tugas seperti mengajar al-Quran, Fardhu Ain dan Kifayah,” jelasnya.

 ??  ?? SAKARAN menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima.
SAKARAN menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia