Utusan Borneo (Sabah)

Polis tahan suspek kes samun, dua masih bebas

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Polis menahan seorang pemuda berusia 25 tahun dan memburu dua lagi rakannya yang masih bebas berhubung dua kes samun berkawan yang dilaporkan di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata suspek yang dikenali sebagai Otai mengaku terlibat di dalam kes samun antara April dan Mei bersama dua rakannya.

“Identiti rakan suspek dikenali sebagai Mai dan Bos Ayub atau Boy, kedua-duanya berusia lingkungan 20-an, tiada keterangan diri dan tinggal di Tawau Lama.

“Mereka bertiga disyaki terlibat kes samun telefon bimbit pada 24 April kirakira jam 10 malam di Blok A3 Flat PPR Sri Titingan menggunaka­n sebilah pisau,” katanya di sini pada Isnin.

Fadil berkata kes kedua turut melibatkan kes samun telefon bimbit dan bersenjata­kan pisau pada 23 Mei, kira-kira jam 12.30 tengahari di sebuah rumah kosong di belakang SMK Kinabutan.

Kes ketiga pula, Otai mengaku melakukan perbuatan khianat sehingga mengakibat­kan kerugian seorang pemilik kereta jenis Proton Saga FLX pada 24 Mei, kira-kira jam 2 petang di Tinagat Plaza Batu 2 Jalan Apas.

“Dalam kes ini, suspek yang diberkas mengaku melontar batu ke cermin hadapan kereta sehingga retak, namun melarikan diri selepas mangsa meminta ganti rugi,” katanya.

Menurutnya, kes pertama dan kedua diklasifik­asikan sebagai kes samun berkawan menggunaka­n senjata di mana siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395/ 397 Kanun Keseksaan.

Kertas siasatan kes ketiga pula dibuka mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan diklasifik­asikan sebagai perbuatan khianat.

“Bertindak atas maklumat, pada 15 Julai, kira-kira jam 11.30 malam di sebuah rumah Blok F Kg Muhibbah Raya, Fasa 1 Jalan Kuhara, suspek pertama diberkas polis.

“Mengikut rekod jenayah lampau, suspek seorang pemuda tempatan yang sudah diberkas pernah terlibat di dalam dua kesalahan Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

 ??  ?? MAI
MAI
 ??  ?? BOS Ayub atau Boy
BOS Ayub atau Boy

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia