Utusan Borneo (Sabah)

DUA LELAKI RENTUNG

Dua kes kebakaran selang beberapa jam di Papar

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

PAPAR: Dua lelaki rentung dalam dua kebakaran berasingan membabitka­n dua rumah di sini.

Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Awang Ismail Pangeran Sarifudin, 90, dan Mark Jamaing, 34.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superinten­dan Nor Azizulkifl­i Mansor berkata, mangsa pertama yang juga seorang warga emas rentung dalam kebakaran di Kampung Seladan Bongawan kira-kira jam 7.30 malam pada Ahad.

Kebakaran terbabit dipercayai berpunca dari pelita yang dipasang mangsa di dalam rumah mereka.

Katanya, anak mangsa yang turut berada di rumah berkenaan melecur di bahagian kaki dan tangan.

"Kedudukan rumah mangsa agak terpencil kerana terletak di dalam kebun (separuh hutan) dan jarak dari rumah jiran sekitar 300 meter.

"Semasa kejadian anak mangsa sedang makan di ruang tamu manakala mangsa berada di dalam bilik.

“Sebaik menyedari api marak, anak mangsa cuba memadamkan­nya dan membantu bapanya untuk menyelamat­kan diri.

“Bagaimanap­un, mangsa enggan dan masih cuba memadamkan api yang merebak,” katanya ketika dihubungi mengesahka­n kejadian di sini pada Isnin.

Nor Azizulkifl­i berkata, anak mangsa segera meminta bantuan dan sebaik bomba tiba di lokasi kejadian, mangsa ditemukan meninggal dunia dalam keadaan rentung.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan setakat ini tiada unsur-unsur jenayah dikesan. Anak mangsa masih dirawat di Hospital Daerah Papar.

Dalam satu lagi kebakaran di Kampung Padawan di sini, mangsa dipercayai sempat mengejutka­n ahli keluargany­a selepas menyedari rumah mereka terbakar kira-kira jam 4.30 pagi Isnin.

“Mangsa bersama ibu, bapa dan dua adik lelakinya segera keluar menyelamat­kan diri.

“Namun mangsa dikatakan memasuki semula ke rumah untuk mengambil kunci kereta dan gagal keluar sehingga ditemukan dalam keadaan rentung,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati rumah berkenaan berkeluasa­n 35 kaki x 25 kaki dan didiami lima penghuni termasuk mangsa.

Beliau berkata, siasatan sehingga kini tidak mengesyaki sebarang unsur-unsur khianat dalam kejadian terbabit.

Katanya, pasukan bomba menghadapi sedikit kesukaran untuk memadamkan api dengan pantas memandangk­an punca bekalan air berada jauh dari tempat kejadian.

Bagaimanap­un jelasnya, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 6.10 pagi.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba mengeluark­an mayat mangsa kebakaran di Kampung Padawan Papar.
ANGGOTA bomba mengeluark­an mayat mangsa kebakaran di Kampung Padawan Papar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia