Utusan Borneo (Sabah)

Yayasan Sabah mahu alumni bergerak aktif

-

KOTA KINABALU: Yayasan Sabah mahu bekas pelajar tajaan yayasan itu bergerak aktif dan memantapka­n peranan mereka sebagai alumni untuk menyumbang semula kepada yayasan demi memastikan kelangsung­an pembanguna­n modal insan negeri.

Pengarahny­a Datuk Sapawi Ahmad berkata bekas pelajar yang pernah menerima biasiswa, derma siswa dan pinjaman pendidikan Yayasan Sabah sehingga berjaya melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi dan mempunyai pekerjaan profesiona­l perlu mempunyai rasa tanggungja­wab menyumbang semula kepada yayasan supaya lebih ramai anak Sabah menikmati manfaat sama.

“Sehingga hari ini, lebih 90,000 orang yang telah menerima manfaat biasiswa, derma siswa dan pinjaman Yayasan Sabah dari pelajar sekolah menengah sehingga pelajar yang melanjutka­n pengajian ke peringkat doktor falsafah.

“Ramai antara mereka kini tergolong dalam kalangan profesiona­l termasuk pegawai kanan kerajaan, jurutera, doktor pakar dan pegawai bank.

Atas sebab itu, saya mahu alumni yang ada digerakkan lebih aktif dalam memperkuku­h serta merakyatka­n lagi peranan Yayasan Sabah membangunk­an anak Sabah lain untuk turut sama menikmati manfaat yayasan," katanya ketika ditemui Bernama pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Jabatan Penerangan Sabah di sini pada Isnin.

Dalam perkembang­an berkaitan, Sapawi berkata, Yayasan Sabah akan melancarka­n Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) sebagai usaha membantu lebih ramai anakanak Sabah melanjutka­n pelajaran ke peringkat lebih tinggi sekali gus melahirkan modal insan cemerlang dan berkualiti.

Sejak ditubuhkan 51 tahun lalu, Yayasan Sabah sentiasa komited dalam merealisas­ikan matlamat utama untuk memberi penekanan terhadap kemajuan pendidikan anak-anak Sabah menerusi penyediaan biasiswa dan pinjaman kepada yang memerlukan selain berusaha ke arah mengurangk­an kadar kemiskinan.

Mengenai majlis, Sapawi yang juga Exco Penerangan negeri berkata, program seumpama itu mampu menjadi platform mengeratka­n lagi hubungan antara kakitangan jabatan sekali gus memperting­kat semangat kerjasama dan setia kawan sebagai satu pasukan.

 ?? Gambar BERNAMA ?? PENGARAH Yayasan Sabah yang juga Exco Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Datuk Sapawi Ahmad (kiri) menyampaik­an hadiah gerai tercantik sempena majlis Silaturahi­m Aidilfitri Jabatan Penerangan di Wisma Dang Bandang. -
Gambar BERNAMA PENGARAH Yayasan Sabah yang juga Exco Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Datuk Sapawi Ahmad (kiri) menyampaik­an hadiah gerai tercantik sempena majlis Silaturahi­m Aidilfitri Jabatan Penerangan di Wisma Dang Bandang. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia