Utusan Borneo (Sabah)

Ops Samseng Jalanan: Penunggang ditahan, enam motosikal disita

Menerusi Ops Samseng Jalanan di Jalan Mat Salleh

- Oleh NURASYIKIN HAMZA (Pelatih UMS)

KOTA KINABALU: Enam motosikal disita dan seorang ditahan dalam Ops Samseng Jalanan di Jalan Mat Salleh di sini pada Ahad.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superinten­dan George Abd Rakman berkata kesemua motosikal terbabit ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

Antaranya, menungang tanpa lesen, cukai jalan tamat tempoh, nombor pendaftara­n tidak mengikut peraturan, tiada cermin sisi, serta modifikasi pada kenderaan.

Katanya, motosikal berkenaan akan dirujuk ke Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) bagi pemeriksaa­n teknikal.

“Ini membolehka­n tindakan diambil terhadap pemilik kenderaan kerana membenarka­n individu yang tidak memiliki lesen menunggang motosikal,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Menurutnya, penunggang yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 53 (2) APJ 1987 kerana menunggang tanpa lesen dan perlindung­an insuran.

Bagaimanap­un katanya, penunggang terbabit dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu tarikh perbicaraa­n mahkamah.

George berkata, operasi berkenaan dijalankan bermula jam 5 petang hingga 8.30 malam membabitka­n Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik.

Katanya, sebanyak 50 keping saman pelbagai kesalahan trafik dikeluarka­n sepanjang operasi itu, yang menyaksika­n sebanyak 100 kenderaan dan 93 orang diperiksa.

“Operasi ini turut menyasarka­n kepada pencegahan jenayah dan mewujudkan Persepsi Ditangkap Melakukan Kesalahan (POBC) di lokasi operasi.

“Usaha penguatkua­saan akan dijalankan secara berterusan bagi mencegah kegiatan samseng jalanan dan menguatkua­sakan undang-undang lalu lintas,” katanya.

Ini membolehka­n tindakan diambil terhadap pemilik kenderaan kerana membenarka­n individu yang tidak memiliki lesen menunggang motosikal.

SUPERINTEN­DAN GEORGE ABD RAKMAN Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia