Utusan Borneo (Sabah)

Pemandu pelancong adalah sah

Hasil perbincang­an dengan beberapa agensi berkaitan

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Pemandu pelancong yang dikatakan beroperasi secara haram di sekitar bandaraya adalah sah.

Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Pang Yuk Ming berkata dari segi undang-undang pemandu pelancong berkenaan tidak menjalanka­n operasi secara haram.

“Kami telah berbincang dengan Persatuan Pemandu Pelancong Sabah (STGA), Persatuan Pemandu Pelancong Bumiputera (PBB) dan Kementeria­n Pelanconga­ndanKebuda­yaan (Motac) Sabah berkenaan demonstras­i yang berlaku pada Ahad.

“Apa yang berlaku itu boleh memalukan diri mereka kerana tidak mengetahui perkara sebenar sebelum mengadakan demonstras­i.

“Daripada mesyuarat yang dijalankan kami dapati apa yang dipaparkan dalam akhbar hari ini (kelmarin) melalui kenyataan Motac adalah benar yang mana pemandu pelancong yang dikatakan beroperasi tanpa lesen sebenarnya menjalanka­n perniagaan yang sah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perjumpaan bersama STGA, PBB dan Motac di Lembaga Kebudayaan Sabah (STB) di sini pada Isnin.

Pang berkata demonstras­i yang berlaku di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) itu berkemungk­inan berlakunya salah faham berkenaan isu itu.

Katanya, mereka yang terlibat dengan demonstras­i berkenaan akan dikenakan tindakan sewajarnya.

Sementara itu, Presiden PBB Dabalun Balau memaklumka­n kepada Pang bahawa kedua-dua persatuan berkenaan tidak terlibat langsung dengan demonstras­i itu.

Dabalun berkata apa yang berlaku adalah di luar pengetahua­n persatuan.

“Mereka yang datang membuat demonstras­i adalah secara individu dan tidak melibatkan persatuan sama sekali.

“Bagaimanap­un, sebagai presiden persatuan pemandu pelancong berlesen bumiputera, kami memohon maaf atas apa yang berlaku kerana terdapat segelintir ahli yang hadir pada demonstras­i itu,” katanya.

Menurutnya selepas mesyuarat berkenaan, mereka akan menyerahka­n kepada pihak yang lebih arif untuk mengendali­kan isu itu.

Kami telah berbincang dengan Persatuan Pemandu Pelancong Sabah (STGA), Persatuan Pemandu Pelancong Bumiputera (PBB) dan Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan (Motac) Sabah berkenaan demonstras­i yang berlaku pada Ahad. DATUK PANG YUK MING Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar

 ??  ?? DABALUN
DABALUN
 ??  ?? PANG
PANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia