Utusan Borneo (Sabah)

Pusat pemindahan mangsa banjir ditutup

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

SIPITANG: Semua mangsa banjir yang ditempatka­n di pusat pemindahan sejak Ahad mula kembali ke rumah masingmasi­ng.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah Kol Mulliadi Al-Hamdi Ladin berkata, dewan serbaguna di sini yang menempatka­n kesemua mangsa ditutup pada jam 3 petang Isnin.

Menurutnya, seramai 127 mangsa banjir membabitka­n 46 keluarga dipindahka­n ke pusat berkenaan selepas empat kampung terjejas banjir.

“Semua jalan yang dinaiki air kini boleh dilalui dan kawasan kampung yang terjejas banjir juga selamat sepenuhnya.

“APM sentiasa memantau keadaan cuaca di daerah ini dengan bacaan paras air di sungai-sungai utama.

“Hasil pemantauan bersama agensi keselamata­n yang lain mendapati mangsa banjir selamat untuk pulang ke rumah masing- masing,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wak iman mengadakan lawatan rasmi untuk memantau keadaan mangsa banjir di pusat pemindahan.

Mulliadi berkata, Sukarti yang juga pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) turut memantau lokasi-lokasi yang terjejas banjir.

Katanya, empat kampung yang terjejas termasukla­h Kampung Mesapol Lama, Kalamauh, Tunggul Tinggi, dan Lalang.

Dalam pada itu, pihaknya turut memantau keadaan banjir di Kampung Pituru Darat Kota Belud.

Menurutnya, banjir di kawasan berkenaan menyebabka­n jalan terputus. Penduduk terpaksa menggunaka­n sampan dan rakit untuk keluar ke laluan utama.

“Anggota APM turut membantu pelajar dan guru sekolah melalui jalan yang terjejas banjir selain memantau secara berkala di lokasi berkenaan,” katanya.

 ??  ?? SEMUA mangsa banjir dibenarkan kembali ke rumah masing-masing selepas pusat pemindahan ditutup.
SEMUA mangsa banjir dibenarkan kembali ke rumah masing-masing selepas pusat pemindahan ditutup.
 ??  ?? MANGSA banjir membawa barangan dan dibantu oleh anggota APM untuk kembali ke rumah.
MANGSA banjir membawa barangan dan dibantu oleh anggota APM untuk kembali ke rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia